Assalamualaikum WBT

Assalamualaikum WBT...Welcome to my blog...

Saturday, November 23, 2013

Rak kasut dinding IKEA

Ronda2 di IKEA..lepak2..suka suki...and then tu dia...Rak kasut dinding dah jumpa..



Tudung Bawal Aidijuma


Terus pakai..hehehe

Haa tu dia..kami borong sakann..White label dan black label
@Perdana  Siswa Universiti Malaya



Peminat buku

Nadhirah sangat suka baca buku..walaupun sekadar ada bunyi dibibirnya..
mama..nak beli yg mana satu yerr
Nak tengok jap kakak..ok ke buku ni untuk Dhirah?
Dah..jom kakak kita byr dulu..tak sabar nk baca nih..
Aikk sayang bg mama tengok dulu..emmm..ok2..bagus ank mama pilih buku...








ovalet

Ni la ovalet yg blh menstabilkan kek..


Tuesday, October 22, 2013

Besday Isyraf Dan Abah


Nudget ayam 3 rasa


Sunday, October 20, 2013

Cabutan bertuah !!!

Haa..ada cabutan bertuah!!! Motor..basikal..2 tiket ke london...TV...peti sejuk... dapat ke tu?

Huhuhu...tak dapatlah mama...cedih..
Takper lahh kurang2nyer mereka happy main2 kat padang..byk game disediakan untuk anak2.. lepas kan tensen2 tuu semua..hhehhe tensen jugak ke bebudak nihh? Hadiah game byklah di bawa pulang..sampai 3 bag..

Ok tahun depan ada lagi..insya Allah kita lak yang dapat cabutan bertuah tu..hehehe..

Emm tambah cedih bila tepon Mama ilang time main/tengok Game..huhuhu..(kakak letak dlm poket..mungkin terjatuh sebab excited main/tengok game)..
Tapi Alhamdulillah Tepon Mama telah dijumpa oleh Pakcik yang duk kat Pantai Dalam. Terima kasih pakcik ucap kakak padanyer..malam tadi kami gi sana untuk ambik. Tepon tu bukannyer mahal pun...kecik jer..tapi value nombor sedara2,keluarga,..yg paling utama..haaa..nombor kawan dan cikgu anak2 ler..mereka guna tuk tanya sal keje sekolahh dll.. tu sebenarnya tepon Kakak..tp mama suka sgt guna..hehheehe dan dah jadi harta intelek mama pulakk..kiiikiki..yang besar gedabak tu tak guna lak..coz susah nak jawab bila owang call..time study better lah guna..senang search bebagai..hehhhe..


Saturday, October 19, 2013

Opis Abah Family Day

Sekali lg mamanyer tak dpt g ke famili day opis abh..huhuhu..maklumlah ank masih kecil..kalau bwk pun kesian dia..lebih2 lg cuaca panas kat padang..
Emm..ada hadiah cabutan bertuah tak yer..jap lg abh dan ank2 blk la tu..

Thursday, October 17, 2013

Menu lunch for today...

Pagi tadi nak bangun tido pun susah coz sakit belakang tengkok ni..mungkin salah tido..sakit ni kena sebelum dapat tahu ada darah tinggi lagi.. tapi paksa bertahan buat sambil lewa jer..sebab biasanya 2 hari dah ok..tp ni sampai seminggu..huhuuhu..
 
Anak balik sekolah semestinya nak makan..so, masak je menu yg simple tuk hari ni..Bihun plus sosej...utk hiasan tabur jer carrot..baru nampak meriah skit..hheehe..nasi berlauk takder yerr sayang mama.. Ok, puding caramel pulak yg buat semalam..dapat 2 bekas.satu bekas mkn hari ni.. haaa..nampak byk la sikit hidangan tuk hari ni..
 
Bihun Goreng Bersosej, Telor Mata dan Caramel (belum sempat letak kiub nenas dah snap)
 
Puding Caramel plus Kiub Nenas
Sangat sedap..ada rasa masam manis.. lepas ni boleh buat sendiri yerr..
 
Ok.. ni saya sediakan resepi untuk Bihun Goreng bersosej dan Puding Caramel Plus Nenas..
 
RESEPI DAN CARA UNTUK BIHUN GORENG BERSOSEJ:

400g Bihun yang ditoskan
 
Bahan untuk ditumis:
4 sudu minyak masak
2 biji bawang puting didadu
1 biji bawang besar didadu
2 sudu cili giling=lada lumat=lada kisar (panggilan berbesza ikut negeri)
2 Sudu besar gula
2 Sudu sos tiram
2 Sudu sos tomato
2 Sudu sos cili
2 sudu kicap manis
sedikit garam (kurangkan garam coz sos tiram pun  dah masin kan..)
2 biji telor
1 cawan air
 
Bahan Goreng:
+ - 10 batang Sosej (ikut suka nak letak banyak mana) dihiris ikut suka hati..
 
Bahan Hiasan : Hirisan lobak merah ditabur ke atas Bihun Goreng
 
Caranya:
Panaskan minyak dan masukkan bahan untuk ditumis, bahan yang dimasukkan ikut susunan bahan diatas yerr.. biarkan sehingga naik bau.. dan cili giling masak.. kemudian masukkan 2 sudu besar gula, sos tiram, sos tomato dan sos cili, kicap manis, sedikit garam, 2 biji telor dan secawan air. Gaulkan sekejap.
 
Kemudian masukkan sosej yang telah digoreng.. gaulkan dan asingkan.
Masukkan Bihun yang telah lembut dan gaul sehingga sebati..tambahkan air sekiranya Bihun masih kenyal..biarkan mendidih..
 
Setelah masak..letak sosej yg disalut bahan tumis tadi di atas Bihun Goreng..dan akhir sekali taburkan lobak merah..
 
Orait..dah boleh makan..

RESEPI PUDING CARAMEL :
Bland 4 biji telor bersama satu tin susu cair. Tambahkan satu sudu susu pekat manis. Blandkan sekali dengan setengah sudu kecil serbuk penaik. Kemudian cairkan 4 sudu gula dalam loyang. Kemudian masukkan bahan yang dibland ke dalam loyang.. Lepas tu kukuskan selama 30 minit.

Hiaskan dengan kiub nenas bersama sedikit jus nenas @ air nenas.
Silalah cuba resepi ni yerr..

by : QmieZa

 
 
 



Nuffnang Setember 2013

Ok.. badan pun dah rasa semakin sihat.. Alhamdulillah.. so, boleh lah update blog tuk hari ni..

Mula2 buka akaun Nuffnang pada 19 Jun 2013.. after 1 month statistik 0.34, the next month 0.74 dan bulan ni..(sept) 0.99.

Orait..hari ni saya nak pamerkan prestasi akaun Nuffnang saya pada bulan September 2013..

 income RM 0.99
 
 pelawat yang berkunjung
 
 pelawat yang berkunjung ke blog ni search by "Keyword" kat atas tu..
 
 Total unique last month (sept 2013)
 
 Jumlah keseluruhan Nuffnang
 
Total Hits Last Month (sept 2013)

Darah Tinggi dah tiada.. Alhamdulillah..

Syukur padaMu ya Allah..kerana menstabilkan semula BP saya.. check kat klinik Aisyah semalam BP dah normal 120/80... Alhamdulillah...
Rahsianya dengan izin Allah.. makan epal hijau kukus.. dan banyakkan rehat...insya Allah..

Monday, October 14, 2013

Suntikan Depo Provera

Apakah Depo Provera ?
Depo Provera (" suntikan ", DP ) adalah suntikan perancang yang mengandungi progestogen . Hormon ini adalah sama dengan salah satu hormon yang dihasilkan secara semula jadi oleh ovari wanita . Suntikan diberi setiap 12 minggu.
Bagaimana ia berfungsi?
Ia mencegah kehamilan dengan menghalang ovari mengeluarkan telur setiap bulan. Juga terdapat perubahan pada lapisan rahim ( endometrium ).
 

Depo Provera adalah hampir 100% berkesan jika anda mempunyai suntikan anda pada masa ( setiap 12 minggu). Ini bermakna kurang daripada 1 daripada 100 wanita akan hamil setiap tahun.
 
Apa yang saya perasan?
Ada wanita yang mempunyai pendarahan yang tidak teratur atau berpanjangan , terutamanya dalam 3 hingga 6 bulan. Ini adalah selamat untuk badan anda dan ada pil untuk menghentikan ini jika ia berlaku. Kebanyakan wanita (70%) tidak mempunyai tempoh selepas 4 suntikan. Ini adalah selamat.
 

Hamil selepas berhenti
Kesuburan semula jadi anda boleh mengambil sedikit masa untuk kembali normal (secara purata 6 bulan, tetapi ia boleh mengambil masa sehingga 1 tahun). Jika anda sedang merancang untuk hamil tidak lama lagi ia mungkin yang terbaik untuk tidak menggunakan Depo Provera . Jika anda hamil semasa menggunakan Depo Provera , dan membuat keputusan untuk meneruskan kehamilan anda, peluang untuk mendapat bayi yang tidak normal tidak meningkat.
 

Siapa yang boleh menggunakannya?
Hampir semua wanita boleh menggunakan Depo Provera , bahkan wanita yang tidak boleh menggunakan pil perancang gabungan ( "pil ").
 

Siapa yang tidak boleh menggunakannya?
■ Wanita yang mempunyai kanser payudara■ Wanita yang sedang merancang kehamilan dalam beberapa bulan akan datang boleh memilih untuk menggunakan jenis yang berbeza perancang.
 

Apakah kelebihan ?
■ Depo Provera adalah hampir 100 % berkesan.■ Adalah • mudah berlangsung selama 12 minggu• tidak mengambil pil harian• tidak mengganggu hubungan seks• tidak ada orang lain perlu tahu anda sedang menggunakannya.■ Depo Provera mengurangkan risiko kanser endometrium (kanser lapisan rahim) sebanyak 80%.■ Ia sering membantu wanita yang mempunyai tempoh berat atau menyakitkan.
 

Apakah keburukan ?
Sebaik sahaja anda telah mempunyai kesan kontraseptif lepas sekurang-kurangnya 12 minggu suntikan Depo Provera . Kesan-kesan lain boleh bertahan untuk masa yang singkat atau lebih lama lagi.
 

Ada wanita yang mempunyai pendarahan yang tidak teratur atau berpanjangan. Ini adalah lebih biasa pada pertama mula menggunakan Depo Provera dan sering meningkatkan dengan masa.
 

Kesan sampingan yang mungkin: ■ Perubahan Berat Badan: Sesetengah wanita menambah berat badan , ada yang mengurangkan berat badan, paling tidak mengubah berat badan■ reaksi alahan tetapi ini amat jarang berlaku.
Penyelidikan TIDAK menunjukkan bahawa suntikan menyebabkan apa-apa perubahan dalam perasaan, nafsu atau sakit kepala.
 

Ketumpatan tulang:
Depo Provera telah dikaitkan dengan pengurangan ketumpatan tulang. Ini meningkatkan selepas berhenti Depo Provera .


 
Faktor-faktor risiko untuk ketumpatan tulang yang rendah termasuk:
■ senaman yang berlebihan■ berat badan yang sangat rendah■ sejarah keluarga menghidap osteoporosis■ merokok■ penggunaan steroid■ malabsorption■ miskin diet (rendah dalam kalsium) .
 

Faktor pelindung adalah:
■ tidak merokok■ senaman menanggung berat badan■ pemakanan yang baik (tinggi kalsium)■ cahaya matahari yang sederhana.
 

kanser:
Risiko kanser endometrium dikurangkan sebanyak 80%. Tiada perubahan keseluruhan dalam kadar kanser serviks, ovari atau kanser payudara.
 

Adakah suntikan melindungi anda daripada jangkitan seksual berjangkit (STI )?Tidak. Anda perlu menggunakan kondom ( dan pelincir ) dan juga untuk melindungi daripada STI
 

Untuk maklumat lanjut:
Lawatan Klinik Perancang Keluarga untuk bercakap dengan seorang jururawat atau doktor mengenai Depo Provera suntikan.


Sumber dari :
http://www.familyplanning.org.nz/health_info_issues/sexual_health_information/contraception/long-acting_reversible_contraception/depo_provera_injection


Epal hijau untuk hilangkan penyakit darah tinggi

 
12 Okt 2013
Gi jumpa doktor nk injek Depo Provera. lps check BP..doktor kata ada darah tinggi..130/90.. doktor mintak dtg lg check BP esoknyer.. lps check BP resultnyer 133/81..masih lagi tinggi..tapi tidaklah begitu membimbangkan..Doktor menasihati supaya kurang mengambil makanan yang masin.
 
Saya terus meminta My Hubby beli epal hijau untuk dimakan..sebelum ni saya pernah juga alami Darah Tinggi seperti ini..masanya pun selepas pantang bersalin.. macam hari ni jugak..BB kecik baru nak masuk 4 bulan..
 
Ok, saya sekali lagi mengamalkan makan Epal Hijau Kukus..supaya darah tinggi akan berkurang sehinggalah darah tinggi hilang..ia akan hilang sekiranya kita rajin makan epal hijau kukus..
 
Caranya :

Epal hijau ni dibasuh bersih dan dikukus sehingga pecah kulitnya dan isinya lembut macam jem..
kemudian biarkan sejuk dan selesa untuk dimakan..kulit epal juga boleh dimakan begitu saja..
Sungguh enak..anak2 pun berebut nak makan.. rasanya masam manis...Kalau nak dapatkan kesan yang baik..amalkan setiap 3 hari berturut2..3 biji pagi dan 3 biji malam.. Nak jadikan amalan harian pun lebih elok..badan pun maintain...insya Allah mujarab..
 

Tuesday, September 24, 2013

Baju Renang Muslimah

Muslimah juga ada keinginan untuk berenang..tapi mereka mungkin risau dengan pakaian renang yang digunakan.. Kebanyakkan kedai pakaian renang tidak menjual pakaian renang muslimah yang menutup aurat. Di sini saya ingin mempromosikan kedai online untuk muslimah dapatkan baju renang yang sesuai untuk aktiviti renang. Tuuu kedainya...http://islamicbajurenang.blogspot.com/
Tapi ini bukan kedai saya...kebetulan duk search2..jumpa lah kedai ni. Mg dapat membantu muslimah dalam mencari2 baju renang muslimah yang sesuai.. Saya doakan moga kedai ni maju dalam perniagaannya.. kalau boleh dapatkan baju renang yang longgar..lagi bagus..

Kelebihan Membaca Al-Ma'thurat

Saya terfikir sejenak kenapa anak2ku semakin hari semakin nampak tingkah lakunya yang kurang menyenangkan hatiku..aku merenung pada anak2 Kak Longku..semuanya berperwatakan elok, sopan..sejuk mata memandang..semuanya Alhamdulillah berjaya..anak2 kak Long agak ramai juga (8 orang). Waktu mereka kecik2 dulu..memang nampak ramai..tp bila dah besar2 semua.. Alhamdulillah.. sejuknya hati ibunya..kerana anak2 keciknya yang dulu dapat tawaran ke sekolah yang bagus2..dan 3 orang sedang belajar di Jordan.
 
Bagaimana pula dengan anak2 ku ini.. apa kurangnya mereka..
 
Beberapa tahun yg sudah aku ke rumah k.long..singgah sekejap sebelum sampai ke trg..negeri kelahiranku..ketika itu Kak Long dan ank2 sibuk membelek Al Ma'thurat.
 
Saya tanya nok buat apa dgn mathurat ni..k.long kata..bacalahh..Kak long bgtau dia selalu baca waktu pg ketika drive ke sekolah tmpat mengajarnya..Saya tanya lg..sempat ke baca sampai habis? K.long jawab sempat..bukan susah pun..Saya terkedu seketika..panjang jugak bacaan Al Ma'thurat ni.
 
Kak Long bagitau anak2nya pun mengamalkan baca Al Ma'thurat ni.. Saya pun mintak satu Al Ma'thurat ngan K.Long..konon2 nyer nak bacalah...masa tu aku beria2 sgt nak baca ma'thurat itu.. bila bwk blk kat rumah..Al Ma'thurat ku belek dan bacalah sikit2 tp takder lah pulak beramal bersungguh2..
 
Beberapa hari ni..aku mula buka youtube kat TV bacaan Al Ma'thurat dan mendengarnya pada waktu pagi semasa anak2 bersiap ke sekolah..terasa perubahan pada diri ini.. hati ini.. yang sebelum ni byk kekurangan amalan yang soleh.. Moga bila mendengar dan membaca di dalam hati walaupun ketika waktu begini saya sibuk menyiapkan sarapan dan pakaian sekolah anak2. Harapnya anak2 dan suami ku juga turut membacanya bersama2. Harapanku juga moga kami sekeluaga dapat hidup bahagia dunia dan akhirat..dan juga beroleh rahmat dari Allah SWT..
 
Jom kita sama2 amalkan Al Ma'thurat. Moga mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT.
 
Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut. Al- Ma’thurat digalakkkan dibaca selepas Subuh dan Asar setiap hari. Antara kelebihan membaca Al-Mathurat ialah:
  1. Tidak dihampiri syaitan
  2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
  3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  5. Selamat dari segala sesuatu.
  6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  7. Allah berhak untuk meredhainya
  8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  9. Terhindar daripada syirik.
  10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  14. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan
Sumber : http://wowberita.org/kelebihan-membaca-al-mathurat

Friday, September 13, 2013

Isteri Idaman Suami

Washing machine dah berenti berbunyi..sebagai suri rumah.. tugas dan tanggungjawab jgn dilupa..
blog blog juga.. tapi tugas2 sebagai "suri idaman suami" perlu dibereskan..hehhehe..

Ni Kak As read and share :

Isteri Idaman Suami

“Abang, petang ni ayang nak keluar beli barang kat kedai bawah ye”
“Hari ni ayang masak lauk special untuk abang. Abang mesti lapar kan, jom kita makan”
“Abang nak pergi program? Abang jangan risau, insyaAllah ayang akan jaga diri elok-elok. Allah kan ada”
 
Sejuknya hati suami dapat isteri begini. Sentiasa meminta izin untuk keluar rumah. Melayan suami yang kepenatan pulang kerja. Merelakan suami keluar untuk urusan dakwah walaupun terpaksa ditinggalkan keseorangan..

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
“Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila
engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya.”
 
Wanita Islam yang bijaksana sentiasa mahu mencari keredhaan Allah dengan taat kepada suaminya dalam perkara yang bukan maksiat, berbakti untuk suaminya dan sentiasa berusaha untuk menggembirakan suaminya. Dia akan redha dengan kesusahan atau kesempitan hidupnya, sebagaimana yang telah dicatatkan dalam sejarah Islam unggulnya peribadi Fatimah r.a. Subhanallah..

Taat Suami Tiket ke Syurga
Ketaatan adalah satu penyebab bagi wanita ke syurga sebagaimana sabda Rasulullah saw:
“Apabila wanita itu telah melakukan solat lima waktu, puasa pada bulannya, taat kepada
suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepada dia: Masuklah kamu ke dalam syurga daripada mana-mana pintu yang kamu sukai.” (Riwayat Ibn Majah)
 
Masya Allah.. Allah menjemput isteri-isteri yang taat masuk ke syurgaNya dari mana-mana pintu yang disukai.. terlalu mulia darjat seorang isteri solehah di sisi Allah.

Terimalah Seadanya
Apa pun, bukanlah mudah untuk mendapat suasana se’ideal’ itu. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan. Kadangkala, pasangan suami isteri tak boleh terlalu mengharapkan yang ‘sempurna’ sahaja. Kita pun bukanlah sempurna mana, maka terimalah pasangan kita seadanya dan berusahalah menjadi pasangan yang beriman dan taat. Mudah-mudahan kekurangan duniawi yang ada menjadikan kita lebih rapat dengannya kerana kita saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari
jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

[Surah Ar-Rum 30:21]
 
Dicedok dari :
http://sentuhanjiwa.wordpress.com/2010/06/15/isteri-idaman-suami/ (mintak share yer tuan tanah..tq)

Ni pulak ada 15 tips menjadi isteri idaman suami...

15 tips menjadi isteri idaman suami

Wanita yang hebat adalah wanita yang mempunyai semua ciri-ciri yang diidamkan oleh setiap lelaki untuk dijadikan isteri. Mereka bukan hanya diharapkan utk menjadi seorg isteri tapi juga sebagai kawan dan kekasih serta ibu yang solehah untuk anak-anak.
Sesungguhnya bagi kejayaan seorang lelaki, berdiri di belakangnya adalah seorang isteri yang hebat dan berjayanya seorang anak, berdiri di belakangnya adalah seorg ibu yang hebat. Ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki ialah:
  1. Mentaati Allah S.W.T dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.
  2. Bersikap malu terhadap suami. Dengan adanya sikap begini, seorang isteri itu akan sentiasa berusaha untuk kelihatan sempurna bukan hanya di hadapan, bahkan juga ketika dibelakang suami.
  3. Berdiam diri ketika suami sedang bercakap, baru bersuara setelah suami selesai berbicara. Bukannya sepatah suami bercakap, 10 patah dijawabnya. kalau pun tak mampu menyelesaikan kekusutan yang dihadapi suami, cukuplah sekadar menjadi pendengar yang setia.
  4. Sentiasa bersikap hormat pada suami. Menghantar suami ke muka pintu ketika suami hendak ke tempat kerja dan menyambutnya di muka pintu ketika suami pulang kerja.
  5. Sentiasa bersedia apabila suami memerlukan. Jangan sesekali menunjukkan rasa terpaksa, penat dan sebagainya kerana itu, bagi wanita yg memilih untuk bekerja, mereka perlu ikhlas dan bijak membahagikan masa. Ingatlah, apabila ada rasa ikhlas, segalanya akan menjadi ringan dan apabila bijak membahagikan masa segalanya menjadi mudah.
  6. Memahami perubahan sikap suami. Contohnya, ketika suami sedang marah, berduka, kecewa, gembira, cemas dan ketika dia ingin bersendirian. Sikap semulajadi lelaki, sukar untuk meluahkan apa yang dirasakan jadi sebagai isteri, jangan mudah terasa akan perubahan tersebut.
  7. 1 lagi sikap semulajadi lelaki ialah hanya mampu memberikan tumpuan pada 1 perkara dalam 1 masa. Jadi, jangan sesekali mengajak suami berbual atau bercerita tentang masalah di tempat kerja ketika dia sedang menonton perlawanan bola sepak dan sebagainya. Sesungguhnya perbuatan itu bukan saja akan membuatkan anda kecewa kerana tak mendapat perhatiannya, tapi boleh menimbulkan kemarahan suami.
  8. Memakai wangi-wangian dan pakaian sentiasa kemas ketika bersama suami. Ingat, ketika diluar rumah, suami sentiasa berhadapan dgn wanita-wanita cantik, harum dan menggoda. Jadi pastikan apabila pulang ke rumah, dia tidak pula berhadapan dengan isteri yg hanya berkain batik dan t-shirt lusuh, muka berminyak dan bau yang kurang menyenangkan.
  9. Jaga mulut daripada bau-bau yang kurang menyenangkan. Contohnya, ketika makan petai, jering dan durian. Jika makan bersama suami, buatlah sesuatu selepas itu agar dapat mengatasi bau mulut. Apa lagi bagi mereka yg menghadapi masalah mulut berbau kerana kerosakan gigi. Segera bertindak walaupun baru sekali suami menegur.
  10. Sentiasa menjaga kehormatan diri terutama ketika ketiadaan suami. Wanita bekerja contohnya, jagalah tingkah laku.
  11. Bersyukur di atas apa yang disediakan dan diberikan suami. Jangan suka meminta-minta, apa lagi jika ia diluar kemampuan suami. dan jangan sesekali membanding-bandingkan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain dengan apa yang anda miliki.
  12. Dalam apa jua situasi, sentiasa berdiri di belakang suami. Menjadi tongkat ketika suami jatuh dan menjadi pemangkin ketika suami berjaya.
  13. Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami. Begitu juga bagi wanita yang bekerja. Bekerja bukan alasan untuk mereka bebas ke sana dan ke mari.
  14. Sentiasa tersenyum. Sesungguhnya, senyuman adalah sebesar-besar penawar walau dalam apa juga situasi. Contohnya, ketika hati suami sedang bercelaru, segera menjadi tenang apabila melihat senyuman isteri dan ketika dia sedang marah, segera api kemarahan itu padam hanya dengan senyuman isteri.
  15. Sentiasa menghormati keluarga suami. Menyayangi dan melayan keluarga suami sama seperti keluarganya sendiri. Jangan sesekali membeza-bezakan antara keluarga suami dengan keluarga sndiri. Bahkan sikap mengutamakan keluarga mentua akan membuatkan kasih sayang suami semakin bertambah.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud; “Sebaik-baik kalian adalah orang yang baik terhadap keluarganya, dan saya adalah orang yang paling baik pada keluargaku, tidaklah menghormati pada wanita kecuali orang yang mulia dan tidaklah menghinakannya kecuali orang yang tercela

Dicedok dari :
http://bintulu-iqracenter.blogspot.com/2011/05/15-tips-menjadi-isteri-idaman-suami.html (mintak share yer tuan tanah..tq)

Ok..jom sidai kain dulu yer..

Thursday, September 12, 2013

Design atau antaramuka blog Qmie Creative

Sebelum Kak As nak ubah design atau antaramuka blog Qmie Creative ni, Kak As nak simpan buat kenang-kenangan laa dulu apa yang patut..
 
So, di bawah ni adalah beberapa skrin yang di print screen kan untuk Kak As tengok2 pada masa akan datang..hehhehe.. 
 
May be kawan2 yang ada blog tak terfikir nak simpan benda2 ni.. so apa lagi " jaangan tunggu lama2..nanti lama2... kita dah tak ingat "..
 
Catatan Kak As @ 13 Sept 2013 jam 11 pagi
Date & time yang display kat blog ni tak sama laa..kenapa yer..



Google mengGoogle

Petang Khamis..12 Sept 2013
Ada masa skit nak mengGoogleGoogle..
Bila dah start duk depan laptop nihh apa lagi kita seranglah Mr Google..hehehe..
byk info..tutorial dan tips yang diperolehi pada hari nih..esok barulah Kak As cuba buat sendiri lak..cadik ke idak ni.. ok.. dah petang sgt nih..My handsome hubby dah nak balik keje..so stop dulu lah yek..

Raya Pertama

Baru berceloteh pasal Raya 2013
@Rumah Opah Abah
 
 Haa..nilaa baju raya pertama kami sekeluargaa.. camner cantik tak Kak " ?? tuutt" ... cam iklan lah pulak..hehehe..masih ingat ngan iklan glamor tu..kikiki.. baju ni Kak As tempah ngan kawan di Apartmen Harmoni DD.. sebab Kak As dah syarat mengandung..so jahit menjahit ni dihentikan buat seketika.. Tahun2 yang sudah..kalau baju kurung utk anak2 Kak As jahit sendiri..tapi nak ke siap tu..haa..berhari2 lah kiranya..sebab tak leh nak fokus sgt..byk bende nak dibuatnyer dalam sekali "arong". Koknya Kak As keje jd cikgu suka suki..Tahun lepas belajo pulok..haa bila blajo nih..mcm2 lah..kena buat..do assignment..study..etc laa..lagi pun tutt..thn lps Kak As pregnant masa blajo..lagilah memenatkan..kalau nak criter panjang lebar ni..kita sembang lain entry yer..

 
Orait..dah time to ronda2 beraya..jom kita serang rumah Mak Opah dulu..
Mana sandle mama yang buruk tuu..(tak beli sandle baru pun..budjet sungguh Kak As ni yer..)
 
Dah pun sampai rumah Mak Opah..kita orang panggil Tok (Mak Opah)..Rumah tok dekat jer..jalan2 dah sampai..kami sekeluarga berjalan jer ke rumah tok..coz laluan sempit..boleh rempit2 jerr..kalau ngan keter lambat sampai..kena lalu ikut jalan besar..
 
Pasni nak gi mana yer..
 
Jom ke rumah Mak Aki pulak (sama lah kita panggil Tok jugak..)
Anak Mama yang Sulong tu..tak sabar2 nak makan..dah kat depan meja tu..

 
@Rumah Homestay Papa (Pak Sedara Kak As)
Mereka sekeluarga..+ anak menantu beropen house di sini.. 3 hari jugak lah mereka buat open house kat rumah ni..seronok jugak..macam rumah sendiri di buatnyer..kami sekeluarga dtg sini pun time malam..emm lepas jer gi rumah Mak Opah dan Mak Aki ..BB Najihah dah penat..so balik rehat rumah Opah dulu..petang baru keluar g jalan2 lak..
 
Raya tahun ni tak berjalan sakan..sebab BB Najihah masih kecik baru 47 hari. Mamanyer pun lagi penat..badan tak berasa segar lagi..jalan pun tak berapa nak betul lagi..kikiki..
 
Ops!! snap gambar takder kueh raya pun..hehehe..
aa aa.. time makan takder snap gambar lak yer..
 
Ok habis raya untuk hari pertama..rumah Opah Mama bila nak pergi yer..
Orait kita jumpa di entry seterusnya...


Tutorial : Cara mengubah tarikh dan waktu blog post

Semasa menyidai kain..kepala duk pikir macam mana nak ubah tarikh dan waktu yg tak sama ngan apa yang kita post..

Selesai saja menyidai kain Kak As pun mengGoogle lah "Cara mengubah tarikh dan waktu pada blog post". Tuuttt..!! jumpa lah di sini Apa lagi.. jom buat sama2..

Ok..dekat bahagian yang kita nak post..sila tengok imej kat bawah ni..
 Kemudian, sila lihat di sebelah kanan post.. aa..cam imej di bawah ni..
 Then, click schedule...tengok kat anak panah warna merah tu..you can choose automatic or set date and time..so, for this.. Kak As pilih Set date and time. sebab nak adjust date n time mengikut waktu semasa..dan apa2 yg kita post, date dan masa akan sama.. tak cam Kak As post sebelum ni..ada jgk yg tak sama date n time..Pastu..tengok bawah tu ada kalendar..so pilih lahh time and date..
 
Orait ! Finish..!

Friday, August 30, 2013

Tutorial DIY Tudung berawning tanpa pengeras

Hari ni kak As nak kongsikan cara buat tudung berawning tanpa pengeras.
Ikut langkah demi langkah gambar yang dipaparkan.( Sila rujuk nombor pada gambar)
Langkah 1
Lipat kain menjadi bentuk tiga segi. Kain yang digunakan bergantung lah nak guna kain jenis apa..boleh guna kain lycra, cotton, kain buat baju dan sebagainya. Kak As guna kain untuk buat baju..materialnya yang ringan dan nipis seperti kain selendang. kain ni Kak As beli kat Nagoya. Murah jer RM5 semeter. So, lipat 2 boleh dapatkan 2 helai untuk semeter kain.
Langkah 2
Ni untuk buat awning..ambil kertas keras atau apa2 kertas untuk dilakar awning menjadi bentuk seperti digambar no 2. Kemudian tekapkan kertas tersebut pada kain awning. Kak As guna kain Thai Silk warna hijau. Boleh didapati di Jakel Shah Alam. Masa Kak As beli hari tu RM25 semeter. Tapi Kak As hanya beli setengah meter jer..bodek2 ler ngan pelayan kain tu nak beli 1/2 meter..hehehe..Untuk awning ni Kak As guna 35cm  atau 14 inci untuk bahagian lurus hadapan muka dan lebar ke belakang 4.5 inci. Saiz muka kanak2.. Lihat gambar di bawah.
Panjang dan lebar bergantunglah nak panjang mana bergantung pada muka dan keselesaan. Untuk ukur panjang muka, ambik contoh tudung yang kalian beli dan ukur. jangan lupa tinggalkan basi kain untuk jahit.. atau ukur terus panjang muka untuk awning..pandai2 lah yerr..
 
Langkah 3
Kain tudung bahagian luar ditindan bersama kain awning di bahagian dalam. Peniti atau jahit jelujur terlebih dahulu..kalau dah terer tu tak perlu letak peniti atau jelujur..terus jahitlah..hehehe..
Langkah 4 dan Langkah 5
Jahit awning yang dipeniti tu..



Langkah 6 
Pusingkan kain untuk lihat hasilnyer..
Langkah 7
Jahit tepi pada awning..jahit 4 inci sebelum awning dan akhir awning 4 inci juga bagi keselesaan muka..
Langkah 8 dan 9
Jahit sekali lagi di sebelah jahit tepi tadi. rujuk gambar no 8 dan 9.
 
Langkah 10 dan 11
Terbalikkan dan potong dibahagian hadapan tudung seperti gambar di atas. Kemudian jahit tepi dibahagian depan bermula dari bawah dagu ke bawah.
Langkah 12
Jahit kedut di bahagian depan untuk letak brooch.
Langkah 13, 14, 15 dan 16
Jahit tepi di bahagian keliling tudung dan jahit lipat seperti jahit kain baju kurung..tudung ni Kak As jahit satu line jer..kalau nak jahit 2 line pun boleh atau jahit bercorak pun boleh..jahit halus pun boleh..ikut suke hatilah yer.. Ok dah pun siap..boleh jahitkan brooch atau letak pakai brooch seperti biasa..
 
Tadaa...
  Gaya anak2 bersama tudung yang dibuat oleh MAMA nyer..
Dapat siapkan 4 helai guna awning hijau dan purple. Cantik tak? Ok lepas ni boleh lah kalian buat pula..mudahkan..mesti tak sabar nak jahit sendiri..hehehe..
Apa2 pun silalah komen yer..sharing mering..

Friday, August 16, 2013

Beraya d rumah bukit bading rumah arwah bat dan mie

Cerita raya kedua dulu yer..

Rumah arwah didiami oleh abang sekeluarga... kebetulan masa kami ke sana pokok durian yang di tanam oleh arwah berbuah lebat.. boleh lah merasa buah durian tu.
Fullamak! sedapnye isi durian ni..tengok tu..seulas seulas memang best!

Thursday, July 25, 2013

Cara nak hilangkan Content Warning pada blog

As Salam..Alhamdulillah dapat jugak buka blog ni tanpa ada Content Warning..Sebelum ni, setiap kali buka blog, Content Warning akan terpapar...so, lepas ni tiada lagi..wokey..
Hari ni saya nak share pada semua macam mana nak hilangkan Content Warning..sebelum ni saya cuba siasat ceewah..di blogger settings, tapi tak jumpa2 di mana silapnyer..at last, saya search kat Mr Google dengan menaip " nak hilangkan Content Warning pada blog ". tut..tut..jumpalah satu link ni http://arifkakomputer.blogspot.com/2013/01/cara-menghilangkan-content-warning-di.html .
After that, saya terus je settings blog saya ni http://qmiecreative.blogspot.com/. jeng--jeng--jeng..dapat pun..
 
 
Ok..di bawah ni saya ringkaskan step by step untuk settingkan blog. Ikut langkah2 yang saya paparkan...
 Step by step untuk setting Content Warning
Mudahkan..harap dapat membantu kalian yang mungkin juga mengalami masalah seperti saya..hehehe..
TQ http://arifkakomputer.blogspot.com kerana blog anda menjadi alternatif untuk saya betulkan setting di blog.
 

 


Baju raya...

Warna purple menjadi tema Aidilfitri tahun ni.

Saya masih lagi berpantang...baju raya anak2 adalah la selai dua yang abahnyer belikan untuk anak2 sementara menunggu mamanya sihat untuk bershopping..hehehe..bab bab shopping ni..yang sakit boleh jadi sihat..lagi lagi lahh kalau owang macam saya ni..hehehehe..

Ops!! kat luar guruh dah berbunyi..so, saya stop dulu..nak angkat kain..nampak macam nak hujan..Alhamdulillah..syukur..kerana hujan boleh mennyegarkan bumi yang panas kesan dari jerebu ni..(musim jerebu leni).

Friday, July 12, 2013

Ramadhan

Ramadhan muncul lg..namun pd tahun ini saya tidak dpt berpuasa dan menunaikan amalan solat sunat yg lain..ini kerana saya masih lg dlm ptg bersalin..hari  ni dah masuk 19 hari..berpantang..hrpnya diakhir ramadhan ni saya dpt jg berpose..

Saturday, June 29, 2013

Kelahiran anak ke 6 ( 24 Jun 2013)

Saya dan suami ke hospital pada 24 Jun 2013 di awal pagi +- jam 0030 am..untuk admit ward..


Saturday, June 15, 2013

Tips Memudahkan Ibu Bersalin

Hari ni 16 jun 2013 dah masuk minggu ke 39 kehamilan yg ke 6. Minggu lepas buat follow up check, doktor kata baby still duk atas lagi..so, perlu lah aktif..barulah anak cepat ke bawah..dan proses bersalin makin mudah..

Emm..hari ni..saya cuba menggoogle cam ner nak dapatkan tips mudah bersalin..Walau pun ni adalah kelahiran ke 6..tp saya masih lagi terasa cam kelahiran pertama..perasaan takut..risau..semua macam laa..ada di sudut fikiran ni..hehehe..

Sebelum ni saya amalkan Doa Nabi Yunus baca setiap hari..insya Allah bila teringat..
Baca al Quran, Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sambil menggosok perlahan pada perut ikut arah lawan jam disapu dengan minyak zaitun atau minyak bayi..dan sedikit senaman ringan..Bantuan suami juga perlu semasa kehamilan ni..suami kerap mengurut secara perlahan badan terutama bahagian tangan, belakang, pinggang dan kaki..kerana semasa kehamilan dan saat akhir kehamilan..badan ibu semakin lemah..dan ada rasa kebas dan juga bengkak di jari dan juga dikaki..sokongan suami amat2 diperlukan..terima kasih suamiku..Md Nazri b Md Nor..
Akhir sekali , jangan lupa buat SOLAT HAJAT...

Orait..hari ni saya terjumpalah beberapa tips di sini petua mudah bersalin. Anda boleh lah baca dan amalkan yer...insya Allah..

Senaman Hamil juga penting untuk ibu yang diakhir kehamilan..jom tengok video disini

Esok 17 Jun 2013..sekali lagi saya akan berjumpa doktor..perasaan bertambah risau..kata doktor..esok dia nak check bukaan..biasanya kalau dah buka 2 cm..doktor terus induce jer..saya tak pernah ada tanda yang berat2 seperti air ketuban pecah dan darah keluar sendiri..cuma masa kelahiran anak pertama ada tanda rasa nak buang air besar (cam sembelit)..anak yang lain semuanya induce..doktor yang pecahkan air ketuban...sakitnya bila induce ni...duk kat wad pun lama..masuk wad mlm..ptg esoknya baru bersalin..kali ni tak tahu lah pulak macam mana..harap2 dipermudahkan oleh Allah SWT..insya Allah..doakan saya dan baby selamat dan dipermudahkan proses bersalin yer...

ok lah..rasanyer dah panjang lebar coretan saya kali ni..k jumpa lagi..

Kelahiran anak ke 5


Dah setahun..baru nak upload...

1 Jun 2012
Dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Nur  Faizah Nadhirah binti Md  Nazri

Hari pertama  (lebih kurang 30 minit selepas dilahirkan)
Moga Nur Faizah Nadhirah jadi anak yang solehah..amin..
 
Hari Kedua
 Nadhirah disambut oleh kakak-kakak dan abangnyer untuk di bawa pulang ke rumah
 

Keceriaan di raup wajah abahnyer bila dikurniakan oleh Allah anak ke 5.
Moga bertambah bahagia...
 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please leave ur blog address here for my blog walking..TQ.