Saya terfikir sejenak kenapa anak2ku semakin hari semakin nampak tingkah lakunya yang kurang menyenangkan hatiku..aku merenung pada anak2 Kak Longku..semuanya berperwatakan elok, sopan..sejuk mata memandang..semuanya Alhamdulillah berjaya..anak2 kak Long agak ramai juga (8 orang). Waktu mereka kecik2 dulu..memang nampak ramai..tp bila dah besar2 semua.. Alhamdulillah.. sejuknya hati ibunya..kerana anak2 keciknya yang dulu dapat tawaran ke sekolah yang bagus2..dan 3 orang sedang belajar di Jordan.
Bagaimana pula dengan anak2 ku ini.. apa kurangnya mereka..
Beberapa tahun yg sudah aku ke rumah k.long..singgah sekejap sebelum sampai ke trg..negeri kelahiranku..ketika itu Kak Long dan ank2 sibuk membelek Al Ma'thurat.
Saya tanya nok buat apa dgn mathurat ni..k.long kata..bacalahh..Kak long bgtau dia selalu baca waktu pg ketika drive ke sekolah tmpat mengajarnya..Saya tanya lg..sempat ke baca sampai habis? K.long jawab sempat..bukan susah pun..Saya terkedu seketika..panjang jugak bacaan Al Ma'thurat ni.
Kak Long bagitau anak2nya pun mengamalkan baca Al Ma'thurat ni.. Saya pun mintak satu Al Ma'thurat ngan K.Long..konon2 nyer nak bacalah...masa tu aku beria2 sgt nak baca ma'thurat itu.. bila bwk blk kat rumah..Al Ma'thurat ku belek dan bacalah sikit2 tp takder lah pulak beramal bersungguh2..
Beberapa hari ni..aku mula buka youtube kat TV bacaan Al Ma'thurat dan mendengarnya pada waktu pagi semasa anak2 bersiap ke sekolah..terasa perubahan pada diri ini.. hati ini.. yang sebelum ni byk kekurangan amalan yang soleh.. Moga bila mendengar dan membaca di dalam hati walaupun ketika waktu begini saya sibuk menyiapkan sarapan dan pakaian sekolah anak2. Harapnya anak2 dan suami ku juga turut membacanya bersama2. Harapanku juga moga kami sekeluaga dapat hidup bahagia dunia dan akhirat..dan juga beroleh rahmat dari Allah SWT..
Jom kita sama2 amalkan Al Ma'thurat. Moga mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT.
Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut. Al- Ma’thurat digalakkkan dibaca selepas Subuh dan Asar setiap hari. Antara kelebihan membaca Al-Mathurat ialah:
- Tidak dihampiri syaitan
- Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
- Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
- Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
- Selamat dari segala sesuatu.
- Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
- Allah berhak untuk meredhainya
- Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
- Terhindar daripada syirik.
- Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
- Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
- Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
- Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
- Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan
No comments:
Post a Comment