Pagi tadi nak bangun tido pun susah coz sakit belakang tengkok ni..mungkin salah tido..sakit ni kena sebelum dapat tahu ada darah tinggi lagi.. tapi paksa bertahan buat sambil lewa jer..sebab biasanya 2 hari dah ok..tp ni sampai seminggu..huhuuhu..
Anak balik sekolah semestinya nak makan..so, masak je menu yg simple tuk hari ni..Bihun plus sosej...utk hiasan tabur jer carrot..baru nampak meriah skit..hheehe..nasi berlauk takder yerr sayang mama.. Ok, puding caramel pulak yg buat semalam..dapat 2 bekas.satu bekas mkn hari ni.. haaa..nampak byk la sikit hidangan tuk hari ni..
Bihun Goreng Bersosej, Telor Mata dan Caramel (belum sempat letak kiub nenas dah snap)
Puding Caramel plus Kiub Nenas
Sangat sedap..ada rasa masam manis.. lepas ni boleh buat sendiri yerr..
Ok.. ni saya sediakan resepi untuk Bihun Goreng bersosej dan Puding Caramel Plus Nenas..
RESEPI DAN CARA UNTUK BIHUN GORENG BERSOSEJ:
400g Bihun yang ditoskan
Bahan untuk ditumis:
4 sudu minyak masak
2 biji bawang puting didadu
1 biji bawang besar didadu
2 sudu cili giling=lada lumat=lada kisar (panggilan berbesza ikut negeri)
2 Sudu besar gula
2 Sudu sos tiram
2 Sudu sos tomato
2 Sudu sos cili
2 sudu kicap manis
sedikit garam (kurangkan garam coz sos tiram pun dah masin kan..)
2 biji telor
2 biji telor
1 cawan air
Bahan Goreng:
+ - 10 batang Sosej (ikut suka nak letak banyak mana) dihiris ikut suka hati..
Bahan Hiasan : Hirisan lobak merah ditabur ke atas Bihun Goreng
Caranya:
Panaskan minyak dan masukkan bahan untuk ditumis, bahan yang dimasukkan ikut susunan bahan diatas yerr.. biarkan sehingga naik bau.. dan cili giling masak.. kemudian masukkan 2 sudu besar gula, sos tiram, sos tomato dan sos cili, kicap manis, sedikit garam, 2 biji telor dan secawan air. Gaulkan sekejap.
Kemudian masukkan sosej yang telah digoreng.. gaulkan dan asingkan.
Masukkan Bihun yang telah lembut dan gaul sehingga sebati..tambahkan air sekiranya Bihun masih kenyal..biarkan mendidih..
Setelah masak..letak sosej yg disalut bahan tumis tadi di atas Bihun Goreng..dan akhir sekali taburkan lobak merah..
Orait..dah boleh makan..
RESEPI PUDING CARAMEL :
Bland 4 biji telor bersama satu tin susu cair. Tambahkan satu sudu susu pekat manis. Blandkan sekali dengan setengah sudu kecil serbuk penaik. Kemudian cairkan 4 sudu gula dalam loyang. Kemudian masukkan bahan yang dibland ke dalam loyang.. Lepas tu kukuskan selama 30 minit.
Hiaskan dengan kiub nenas bersama sedikit jus nenas @ air nenas.
Silalah cuba resepi ni yerr..
by : QmieZa
No comments:
Post a Comment