Assalamualaikum WBT

Assalamualaikum WBT...Welcome to my blog...

Showing posts with label Tudung. Show all posts
Showing posts with label Tudung. Show all posts

Friday, August 30, 2013

Tutorial DIY Tudung berawning tanpa pengeras

Hari ni kak As nak kongsikan cara buat tudung berawning tanpa pengeras.
Ikut langkah demi langkah gambar yang dipaparkan.( Sila rujuk nombor pada gambar)
Langkah 1
Lipat kain menjadi bentuk tiga segi. Kain yang digunakan bergantung lah nak guna kain jenis apa..boleh guna kain lycra, cotton, kain buat baju dan sebagainya. Kak As guna kain untuk buat baju..materialnya yang ringan dan nipis seperti kain selendang. kain ni Kak As beli kat Nagoya. Murah jer RM5 semeter. So, lipat 2 boleh dapatkan 2 helai untuk semeter kain.
Langkah 2
Ni untuk buat awning..ambil kertas keras atau apa2 kertas untuk dilakar awning menjadi bentuk seperti digambar no 2. Kemudian tekapkan kertas tersebut pada kain awning. Kak As guna kain Thai Silk warna hijau. Boleh didapati di Jakel Shah Alam. Masa Kak As beli hari tu RM25 semeter. Tapi Kak As hanya beli setengah meter jer..bodek2 ler ngan pelayan kain tu nak beli 1/2 meter..hehehe..Untuk awning ni Kak As guna 35cm  atau 14 inci untuk bahagian lurus hadapan muka dan lebar ke belakang 4.5 inci. Saiz muka kanak2.. Lihat gambar di bawah.
Panjang dan lebar bergantunglah nak panjang mana bergantung pada muka dan keselesaan. Untuk ukur panjang muka, ambik contoh tudung yang kalian beli dan ukur. jangan lupa tinggalkan basi kain untuk jahit.. atau ukur terus panjang muka untuk awning..pandai2 lah yerr..
 
Langkah 3
Kain tudung bahagian luar ditindan bersama kain awning di bahagian dalam. Peniti atau jahit jelujur terlebih dahulu..kalau dah terer tu tak perlu letak peniti atau jelujur..terus jahitlah..hehehe..
Langkah 4 dan Langkah 5
Jahit awning yang dipeniti tu..



Langkah 6 
Pusingkan kain untuk lihat hasilnyer..
Langkah 7
Jahit tepi pada awning..jahit 4 inci sebelum awning dan akhir awning 4 inci juga bagi keselesaan muka..
Langkah 8 dan 9
Jahit sekali lagi di sebelah jahit tepi tadi. rujuk gambar no 8 dan 9.
 
Langkah 10 dan 11
Terbalikkan dan potong dibahagian hadapan tudung seperti gambar di atas. Kemudian jahit tepi dibahagian depan bermula dari bawah dagu ke bawah.
Langkah 12
Jahit kedut di bahagian depan untuk letak brooch.
Langkah 13, 14, 15 dan 16
Jahit tepi di bahagian keliling tudung dan jahit lipat seperti jahit kain baju kurung..tudung ni Kak As jahit satu line jer..kalau nak jahit 2 line pun boleh atau jahit bercorak pun boleh..jahit halus pun boleh..ikut suke hatilah yer.. Ok dah pun siap..boleh jahitkan brooch atau letak pakai brooch seperti biasa..
 
Tadaa...
  Gaya anak2 bersama tudung yang dibuat oleh MAMA nyer..
Dapat siapkan 4 helai guna awning hijau dan purple. Cantik tak? Ok lepas ni boleh lah kalian buat pula..mudahkan..mesti tak sabar nak jahit sendiri..hehehe..
Apa2 pun silalah komen yer..sharing mering..

Tuesday, July 26, 2011

Tudung Lycra Sestu

 RM35 (Nego) 
Saiz M
Jenis kain : Lycra Sestu , awning Thai Silk.
(Tidak termasuk bayaran pos)

RM35 (Nego)
Saiz M
Jenis kain : Lycra Sestu, awning Thai Silk.
(Tidak termasuk bayaran pos)

Wednesday, April 27, 2011

Idea Baru Tudung kanak-kanak April 2011

Idea baru QmieCreative

 Bentuk corak di bahagian atas kepala awning dan di bawah tudung.

Idea ni dari suami saya...

Cantik di pakai oleh kanak-kanak. Terdapat pelbagai warna yang ceria dan menarik. 

Wednesday, March 30, 2011

Lagi Sample Tudung Yang DiSiapkan..

Assalamualaikom,

Sahabat2...

Ini sebahagian lagi tudung2 yang siap dijahit.. mana2 berkenan bagi tau la ye...

Tak sabo tengok tudung ni dipakai oleh sahabat2.. hehehe...

Tudung ni .. sample anak saya.. harga mcm dalam post sblm ni.. :)
Tudung ni .. sample anak saya.. harga mcm dalam post sblm ni.. :)

RM 28 skali ngan anak tudung dibawah ni..


Untuk 2 layer mcm kat atas ni,, RM 30

Yang atas ni dan yang bawah2 ni .... semua sama ...RM 35 sahaja..







------------------------------------------------------------------------------------------------------
TWIS @ BUTTERFLY  SAIZ L
RM40  


TWIS @ BUTTERFLY  SAIZ L
RM40  



Macam mana sahabat..? Harap ada la yang berkenan dihati yee...

Terima kasih... call or sms me untuk pertanyaan dan tempahan....


Tuesday, March 29, 2011

DESIGN TUDUNG TERBARU ... REKAAN DAN JAHITAN SENDIRI

Assalamualaikom,

Sahabat2...

Sejak kebelakangan ini .. ramai jugak sahabat2 saya disekitar kawasan Damansara Damai ini... sudah mula menempah tudung2 exclusive(patern,warna,kain,corak..etc mengikut citarasa dan custom made) dengan saya..

Alhamdulillah..

Sahabat2 macam mana.. ada berkenan.. jangan malu2..

Saya amik upah design sampai final produk dan penghantaran dengan kadar yang paling minimal.. buat sronok2 sambil2 membantu sahabat2 bertudung untuk terus bertudung..

Semua jenis tudung saya buat... yang sederhana besar.. yang betul2 besar..

InsyaALLAH cukup untuk memenuhi syariat Islam...

Disertakan sedikit sample tudung2 .. yang sudah siap dijahit ..yang dah diambil oleh customer tak sempat nak amik gambar.. :(

Tudung ni 2 layer .. sesuai untuk ibu dan anak2..harga dalam RM 35 - RM 45 (berdasarkan size)

Ini pulak saya buat owning jee.. n lekat pada kain tudung jenis selendang tuuu.... yang ni saya amik upah dalam RM 8 - RM 15 (bergantung pada jenis kain owning).. kain selendang tu sendiri punya la ye.. heheh.. (tp yang sample ni saya amik RM 8 jee)



Yang ni pulak sama ngan yang kuning kat atas tu .. customer ni tempah 2 helai... dah siap nak antar petang ni lepas amik anak skolah Tadika.. :) sesambil tu boleh singgah2 jumpa customer.. hehehe.. Harga sama la ngan atas tu .. RM 8


Yang ini pulak .. saya buat untuk anak saya .. ada anak tudung dan tudung luar skali.. anak tudung tu boleh pilih2 colour sebab saya buat 3 tone.. hitam, purple dan combination hitam dan purple...Harga kawan2.. untuk kanak2 .. dalam RM 15-RM 30 (berdasarkan size dan jenis kain).. untuk dewasa RM 28 - RM 55... (pun berdasarkan saiz, jenis kain dan patern)


Ok la sahabat... apa2 hal boleh la contact saya untuk tempahan ye... nak RAYA nanti mesti nak matching ngan anak2 n baju suami .. boleh la.. InsyaALLAH... sronok tengok sahabat2 ceria bahagia dan cantik.. :)

Saturday, January 15, 2011

Belajar Jahit Tudung untuk Anak2

Assalamualaikom,

Sahabat2 yang diingatii... sesapa2 yang minat DIY tudung untuk anak2.. contact la saya ye.. mana tau kot2 boleh tolong mana yang mampu..

Hidup tak berkerjaya ni membuatkan masa lebih banyak bersama anak2. Masa lebih terluang untuk mempelajari sesuatu yang baru..

Sapa2 yang ada ilmu2 yang best nak dikongsi .. ok gak tu ...

Salam...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please leave ur blog address here for my blog walking..TQ.