Assalamualaikum WBT

Assalamualaikum WBT...Welcome to my blog...

Friday, August 30, 2013

Tutorial DIY Tudung berawning tanpa pengeras

Hari ni kak As nak kongsikan cara buat tudung berawning tanpa pengeras.
Ikut langkah demi langkah gambar yang dipaparkan.( Sila rujuk nombor pada gambar)
Langkah 1
Lipat kain menjadi bentuk tiga segi. Kain yang digunakan bergantung lah nak guna kain jenis apa..boleh guna kain lycra, cotton, kain buat baju dan sebagainya. Kak As guna kain untuk buat baju..materialnya yang ringan dan nipis seperti kain selendang. kain ni Kak As beli kat Nagoya. Murah jer RM5 semeter. So, lipat 2 boleh dapatkan 2 helai untuk semeter kain.
Langkah 2
Ni untuk buat awning..ambil kertas keras atau apa2 kertas untuk dilakar awning menjadi bentuk seperti digambar no 2. Kemudian tekapkan kertas tersebut pada kain awning. Kak As guna kain Thai Silk warna hijau. Boleh didapati di Jakel Shah Alam. Masa Kak As beli hari tu RM25 semeter. Tapi Kak As hanya beli setengah meter jer..bodek2 ler ngan pelayan kain tu nak beli 1/2 meter..hehehe..Untuk awning ni Kak As guna 35cm  atau 14 inci untuk bahagian lurus hadapan muka dan lebar ke belakang 4.5 inci. Saiz muka kanak2.. Lihat gambar di bawah.
Panjang dan lebar bergantunglah nak panjang mana bergantung pada muka dan keselesaan. Untuk ukur panjang muka, ambik contoh tudung yang kalian beli dan ukur. jangan lupa tinggalkan basi kain untuk jahit.. atau ukur terus panjang muka untuk awning..pandai2 lah yerr..
 
Langkah 3
Kain tudung bahagian luar ditindan bersama kain awning di bahagian dalam. Peniti atau jahit jelujur terlebih dahulu..kalau dah terer tu tak perlu letak peniti atau jelujur..terus jahitlah..hehehe..
Langkah 4 dan Langkah 5
Jahit awning yang dipeniti tu..



Langkah 6 
Pusingkan kain untuk lihat hasilnyer..
Langkah 7
Jahit tepi pada awning..jahit 4 inci sebelum awning dan akhir awning 4 inci juga bagi keselesaan muka..
Langkah 8 dan 9
Jahit sekali lagi di sebelah jahit tepi tadi. rujuk gambar no 8 dan 9.
 
Langkah 10 dan 11
Terbalikkan dan potong dibahagian hadapan tudung seperti gambar di atas. Kemudian jahit tepi dibahagian depan bermula dari bawah dagu ke bawah.
Langkah 12
Jahit kedut di bahagian depan untuk letak brooch.
Langkah 13, 14, 15 dan 16
Jahit tepi di bahagian keliling tudung dan jahit lipat seperti jahit kain baju kurung..tudung ni Kak As jahit satu line jer..kalau nak jahit 2 line pun boleh atau jahit bercorak pun boleh..jahit halus pun boleh..ikut suke hatilah yer.. Ok dah pun siap..boleh jahitkan brooch atau letak pakai brooch seperti biasa..
 
Tadaa...
  Gaya anak2 bersama tudung yang dibuat oleh MAMA nyer..
Dapat siapkan 4 helai guna awning hijau dan purple. Cantik tak? Ok lepas ni boleh lah kalian buat pula..mudahkan..mesti tak sabar nak jahit sendiri..hehehe..
Apa2 pun silalah komen yer..sharing mering..

4 comments:

  1. Bagus tutorial ni..boleh belajar camner nak jahit tudung sendiri..tq kak As

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq..moga boleh menjadi panduan untuk jahit tudung sendiri..

      Delete
  2. TERIMA KASIH ATAS ILMU YANG BERMANFAAT... SAYA TENGAH NAK BERJINAK-JINAK DENGAN JAHITAN TUDUNG... TU YANG PERLU BIMBINGAN DARI YANG PAKAR... APA2 PUN TQ KAK.. SEMOGA SUCESS SELALU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq..minat yg mbuatkn kita berjaya..cubalah buat sendiri yer puan

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please leave ur blog address here for my blog walking..TQ.