Assalamualaikum WBT

Assalamualaikum WBT...Welcome to my blog...

Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

Tutorial : Cara mengubah tarikh dan waktu blog post

Semasa menyidai kain..kepala duk pikir macam mana nak ubah tarikh dan waktu yg tak sama ngan apa yang kita post..

Selesai saja menyidai kain Kak As pun mengGoogle lah "Cara mengubah tarikh dan waktu pada blog post". Tuuttt..!! jumpa lah di sini . Apa lagi.. jom buat sama2..

Ok..dekat bahagian yang kita nak post..sila tengok imej kat bawah ni..
 Kemudian, sila lihat di sebelah kanan post.. aa..cam imej di bawah ni..
 Then, click schedule...tengok kat anak panah warna merah tu..you can choose automatic or set date and time..so, for this.. Kak As pilih Set date and time. sebab nak adjust date n time mengikut waktu semasa..dan apa2 yg kita post, date dan masa akan sama.. tak cam Kak As post sebelum ni..ada jgk yg tak sama date n time..Pastu..tengok bawah tu ada kalendar..so pilih lahh time and date..
 
Orait ! Finish..!

Friday, August 30, 2013

Tutorial DIY Tudung berawning tanpa pengeras

Hari ni kak As nak kongsikan cara buat tudung berawning tanpa pengeras.
Ikut langkah demi langkah gambar yang dipaparkan.( Sila rujuk nombor pada gambar)
Langkah 1
Lipat kain menjadi bentuk tiga segi. Kain yang digunakan bergantung lah nak guna kain jenis apa..boleh guna kain lycra, cotton, kain buat baju dan sebagainya. Kak As guna kain untuk buat baju..materialnya yang ringan dan nipis seperti kain selendang. kain ni Kak As beli kat Nagoya. Murah jer RM5 semeter. So, lipat 2 boleh dapatkan 2 helai untuk semeter kain.
Langkah 2
Ni untuk buat awning..ambil kertas keras atau apa2 kertas untuk dilakar awning menjadi bentuk seperti digambar no 2. Kemudian tekapkan kertas tersebut pada kain awning. Kak As guna kain Thai Silk warna hijau. Boleh didapati di Jakel Shah Alam. Masa Kak As beli hari tu RM25 semeter. Tapi Kak As hanya beli setengah meter jer..bodek2 ler ngan pelayan kain tu nak beli 1/2 meter..hehehe..Untuk awning ni Kak As guna 35cm  atau 14 inci untuk bahagian lurus hadapan muka dan lebar ke belakang 4.5 inci. Saiz muka kanak2.. Lihat gambar di bawah.
Panjang dan lebar bergantunglah nak panjang mana bergantung pada muka dan keselesaan. Untuk ukur panjang muka, ambik contoh tudung yang kalian beli dan ukur. jangan lupa tinggalkan basi kain untuk jahit.. atau ukur terus panjang muka untuk awning..pandai2 lah yerr..
 
Langkah 3
Kain tudung bahagian luar ditindan bersama kain awning di bahagian dalam. Peniti atau jahit jelujur terlebih dahulu..kalau dah terer tu tak perlu letak peniti atau jelujur..terus jahitlah..hehehe..
Langkah 4 dan Langkah 5
Jahit awning yang dipeniti tu..



Langkah 6 
Pusingkan kain untuk lihat hasilnyer..
Langkah 7
Jahit tepi pada awning..jahit 4 inci sebelum awning dan akhir awning 4 inci juga bagi keselesaan muka..
Langkah 8 dan 9
Jahit sekali lagi di sebelah jahit tepi tadi. rujuk gambar no 8 dan 9.
 
Langkah 10 dan 11
Terbalikkan dan potong dibahagian hadapan tudung seperti gambar di atas. Kemudian jahit tepi dibahagian depan bermula dari bawah dagu ke bawah.
Langkah 12
Jahit kedut di bahagian depan untuk letak brooch.
Langkah 13, 14, 15 dan 16
Jahit tepi di bahagian keliling tudung dan jahit lipat seperti jahit kain baju kurung..tudung ni Kak As jahit satu line jer..kalau nak jahit 2 line pun boleh atau jahit bercorak pun boleh..jahit halus pun boleh..ikut suke hatilah yer.. Ok dah pun siap..boleh jahitkan brooch atau letak pakai brooch seperti biasa..
 
Tadaa...
  Gaya anak2 bersama tudung yang dibuat oleh MAMA nyer..
Dapat siapkan 4 helai guna awning hijau dan purple. Cantik tak? Ok lepas ni boleh lah kalian buat pula..mudahkan..mesti tak sabar nak jahit sendiri..hehehe..
Apa2 pun silalah komen yer..sharing mering..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please leave ur blog address here for my blog walking..TQ.