Assalamualaikum WBT

Assalamualaikum WBT...Welcome to my blog...

Thursday, July 25, 2013

Cara nak hilangkan Content Warning pada blog

As Salam..Alhamdulillah dapat jugak buka blog ni tanpa ada Content Warning..Sebelum ni, setiap kali buka blog, Content Warning akan terpapar...so, lepas ni tiada lagi..wokey..
Hari ni saya nak share pada semua macam mana nak hilangkan Content Warning..sebelum ni saya cuba siasat ceewah..di blogger settings, tapi tak jumpa2 di mana silapnyer..at last, saya search kat Mr Google dengan menaip " nak hilangkan Content Warning pada blog ". tut..tut..jumpalah satu link ni http://arifkakomputer.blogspot.com/2013/01/cara-menghilangkan-content-warning-di.html .
After that, saya terus je settings blog saya ni http://qmiecreative.blogspot.com/. jeng--jeng--jeng..dapat pun..
 
 
Ok..di bawah ni saya ringkaskan step by step untuk settingkan blog. Ikut langkah2 yang saya paparkan...
 Step by step untuk setting Content Warning
Mudahkan..harap dapat membantu kalian yang mungkin juga mengalami masalah seperti saya..hehehe..
TQ http://arifkakomputer.blogspot.com kerana blog anda menjadi alternatif untuk saya betulkan setting di blog.
 

 


Baju raya...

Warna purple menjadi tema Aidilfitri tahun ni.

Saya masih lagi berpantang...baju raya anak2 adalah la selai dua yang abahnyer belikan untuk anak2 sementara menunggu mamanya sihat untuk bershopping..hehehe..bab bab shopping ni..yang sakit boleh jadi sihat..lagi lagi lahh kalau owang macam saya ni..hehehehe..

Ops!! kat luar guruh dah berbunyi..so, saya stop dulu..nak angkat kain..nampak macam nak hujan..Alhamdulillah..syukur..kerana hujan boleh mennyegarkan bumi yang panas kesan dari jerebu ni..(musim jerebu leni).

Friday, July 12, 2013

Ramadhan

Ramadhan muncul lg..namun pd tahun ini saya tidak dpt berpuasa dan menunaikan amalan solat sunat yg lain..ini kerana saya masih lg dlm ptg bersalin..hari  ni dah masuk 19 hari..berpantang..hrpnya diakhir ramadhan ni saya dpt jg berpose..

Saturday, June 29, 2013

Kelahiran anak ke 6 ( 24 Jun 2013)

Saya dan suami ke hospital pada 24 Jun 2013 di awal pagi +- jam 0030 am..untuk admit ward..


Saturday, June 15, 2013

Tips Memudahkan Ibu Bersalin

Hari ni 16 jun 2013 dah masuk minggu ke 39 kehamilan yg ke 6. Minggu lepas buat follow up check, doktor kata baby still duk atas lagi..so, perlu lah aktif..barulah anak cepat ke bawah..dan proses bersalin makin mudah..

Emm..hari ni..saya cuba menggoogle cam ner nak dapatkan tips mudah bersalin..Walau pun ni adalah kelahiran ke 6..tp saya masih lagi terasa cam kelahiran pertama..perasaan takut..risau..semua macam laa..ada di sudut fikiran ni..hehehe..

Sebelum ni saya amalkan Doa Nabi Yunus baca setiap hari..insya Allah bila teringat..
Baca al Quran, Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sambil menggosok perlahan pada perut ikut arah lawan jam disapu dengan minyak zaitun atau minyak bayi..dan sedikit senaman ringan..Bantuan suami juga perlu semasa kehamilan ni..suami kerap mengurut secara perlahan badan terutama bahagian tangan, belakang, pinggang dan kaki..kerana semasa kehamilan dan saat akhir kehamilan..badan ibu semakin lemah..dan ada rasa kebas dan juga bengkak di jari dan juga dikaki..sokongan suami amat2 diperlukan..terima kasih suamiku..Md Nazri b Md Nor..
Akhir sekali , jangan lupa buat SOLAT HAJAT...

Orait..hari ni saya terjumpalah beberapa tips di sini petua mudah bersalin. Anda boleh lah baca dan amalkan yer...insya Allah..

Senaman Hamil juga penting untuk ibu yang diakhir kehamilan..jom tengok video disini

Esok 17 Jun 2013..sekali lagi saya akan berjumpa doktor..perasaan bertambah risau..kata doktor..esok dia nak check bukaan..biasanya kalau dah buka 2 cm..doktor terus induce jer..saya tak pernah ada tanda yang berat2 seperti air ketuban pecah dan darah keluar sendiri..cuma masa kelahiran anak pertama ada tanda rasa nak buang air besar (cam sembelit)..anak yang lain semuanya induce..doktor yang pecahkan air ketuban...sakitnya bila induce ni...duk kat wad pun lama..masuk wad mlm..ptg esoknya baru bersalin..kali ni tak tahu lah pulak macam mana..harap2 dipermudahkan oleh Allah SWT..insya Allah..doakan saya dan baby selamat dan dipermudahkan proses bersalin yer...

ok lah..rasanyer dah panjang lebar coretan saya kali ni..k jumpa lagi..

Kelahiran anak ke 5


Dah setahun..baru nak upload...

1 Jun 2012
Dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Nur  Faizah Nadhirah binti Md  Nazri

Hari pertama  (lebih kurang 30 minit selepas dilahirkan)
Moga Nur Faizah Nadhirah jadi anak yang solehah..amin..
 
Hari Kedua
 Nadhirah disambut oleh kakak-kakak dan abangnyer untuk di bawa pulang ke rumah
 

Keceriaan di raup wajah abahnyer bila dikurniakan oleh Allah anak ke 5.
Moga bertambah bahagia...
 






Kek Oren

Sejak mengandungkan anak ke 6 ni..terasa sangat keinginan nak buat kek. Entah lah kenapa..
Beberapa hari lepas saya cuba buat kek oren..tapi tak sempat pulak nak snap gambarnya..lain kali lah bila buat saya akan snap kek tu yer..hehehe..sebelum ni saya buat kek coklat kukus.

Kali ni saya buat kek oren kukus pula..mungkin tak pernah di buat orang..kebanyakkan yang saya search dia orang bakar kek oren ni...oleh kerana saya tak der pembakar kek..so, saya kukus je lah..

Rasanya lembut dan sedap dimakan. Nak tahu resepinyer ?
Orait...jom..

RESEPI KEK OREN

Bahan2nya:
1- 3 biji telor
2- 1 cawan gula halus
3- 1 cawan minyak jagung (setengah orang guna minyak canola)
4- 2 cawan tepung gandum
5- 1 biji buah oren sunkist
6- 1 sudu besar baking powder

Cara membuatnya:
Masukkan 3 biji telor, gula, minyak jagung, kulit limau sunkist dan sebiji limau sunkist yang telah dibersihkan (diblend hingga sebati).

Kemudian masukkan bahan yang telah di blend tadi ke dalam bekas. Masukkan gandum dan baking powder yang telah diayak. Adun sehingga sebati.

Akhir sekali, sapu loyang bersama minyak atau planta..kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam loyang..

Saya bahagikan kepada 2 bahagian..satu loyang saya letakkan buah-buahan campuran dan satu lagi saya biarkan kosong jer..sebab anak saya tak suka makan yang ada buah campuran.

Kukus selama 40 minit..

Mudahkan...Selamat Mencuba !








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please leave ur blog address here for my blog walking..TQ.