Assalamualaikum WBT

Assalamualaikum WBT...Welcome to my blog...

Saturday, June 15, 2013

Kek Oren

Sejak mengandungkan anak ke 6 ni..terasa sangat keinginan nak buat kek. Entah lah kenapa..
Beberapa hari lepas saya cuba buat kek oren..tapi tak sempat pulak nak snap gambarnya..lain kali lah bila buat saya akan snap kek tu yer..hehehe..sebelum ni saya buat kek coklat kukus.

Kali ni saya buat kek oren kukus pula..mungkin tak pernah di buat orang..kebanyakkan yang saya search dia orang bakar kek oren ni...oleh kerana saya tak der pembakar kek..so, saya kukus je lah..

Rasanya lembut dan sedap dimakan. Nak tahu resepinyer ?
Orait...jom..

RESEPI KEK OREN

Bahan2nya:
1- 3 biji telor
2- 1 cawan gula halus
3- 1 cawan minyak jagung (setengah orang guna minyak canola)
4- 2 cawan tepung gandum
5- 1 biji buah oren sunkist
6- 1 sudu besar baking powder

Cara membuatnya:
Masukkan 3 biji telor, gula, minyak jagung, kulit limau sunkist dan sebiji limau sunkist yang telah dibersihkan (diblend hingga sebati).

Kemudian masukkan bahan yang telah di blend tadi ke dalam bekas. Masukkan gandum dan baking powder yang telah diayak. Adun sehingga sebati.

Akhir sekali, sapu loyang bersama minyak atau planta..kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam loyang..

Saya bahagikan kepada 2 bahagian..satu loyang saya letakkan buah-buahan campuran dan satu lagi saya biarkan kosong jer..sebab anak saya tak suka makan yang ada buah campuran.

Kukus selama 40 minit..

Mudahkan...Selamat Mencuba !








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please leave ur blog address here for my blog walking..TQ.