Assalamualaikum WBT

Assalamualaikum WBT...Welcome to my blog...

Friday, July 8, 2011

Menjahit Poket Baju Melayu

Ramai tertanya2 bagaimana nak buat poket baju melayu. Atas permintaan sahabat-sahabat, saya terdetik untuk memberi rahsia cara menjahit poket baju melayu. Saya pada mulanya agak sukar untuk membuat poket baju melayu ni..sehingga baju melayu hubby dan anak lelaki saya  terbengkalai kerana poket tak boleh buat..hehehe..Suatu hari saya terjumpalah dalam satu website tu..cara membuat poket baju melayu..dari situlah saya cuba membuat poket tersebut..dan inilah hasilnya..

---------------------------------------------------------------------------------------------------

LANGKAH 1 - Sediakan kain untuk membuat poket mengikut ukuran yang dikehendaki..Jahit terlebih dahulu bahagian atas poket. Selepas itu, ambil kertas manila atau apa2 kertas yg blh dijadikan penekap poket. Gunting kertas tersebut mengikut saiz poket. Tekap kertas tersebut pada kain poket. Kemudian Jahit jelujur di sekeliling tekapan tadi. ( Lihat gambar di bawah).











LANGKAH 2 - Ambil kertas tekap poket tadi dan letak di atas kain poket yg telah dijahit jelujur tadi. Kemudian tarik benang pada kedua2 bahagian sehingga kain mengecut dan mengikut bentuk kertas tekap poket tersebut. Setelah itu, gosok sehingga dapat membentuk poket.





LANGKAH 3 - Terbalikkan poket dan gosok. Alihkan penekap poket terlebih dahulu sebelum menjahit.











LANGKAH 4 - Anda boleh mula menjahit poket di baju. Berhati2 ketika menjahit.

      


LANGKAH 5 - Setelah selesai menjahit, tarik benang perlahan-lahan. Inilah hasilnya. Mudahkan..


SELAMAT MENCUBA !


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please leave ur blog address here for my blog walking..TQ.