Assalamualaikum WBT

Assalamualaikum WBT...Welcome to my blog...

Tuesday, September 24, 2013

Baju Renang Muslimah

Muslimah juga ada keinginan untuk berenang..tapi mereka mungkin risau dengan pakaian renang yang digunakan.. Kebanyakkan kedai pakaian renang tidak menjual pakaian renang muslimah yang menutup aurat. Di sini saya ingin mempromosikan kedai online untuk muslimah dapatkan baju renang yang sesuai untuk aktiviti renang. Tuuu kedainya...http://islamicbajurenang.blogspot.com/
Tapi ini bukan kedai saya...kebetulan duk search2..jumpa lah kedai ni. Mg dapat membantu muslimah dalam mencari2 baju renang muslimah yang sesuai.. Saya doakan moga kedai ni maju dalam perniagaannya.. kalau boleh dapatkan baju renang yang longgar..lagi bagus..

Kelebihan Membaca Al-Ma'thurat

Saya terfikir sejenak kenapa anak2ku semakin hari semakin nampak tingkah lakunya yang kurang menyenangkan hatiku..aku merenung pada anak2 Kak Longku..semuanya berperwatakan elok, sopan..sejuk mata memandang..semuanya Alhamdulillah berjaya..anak2 kak Long agak ramai juga (8 orang). Waktu mereka kecik2 dulu..memang nampak ramai..tp bila dah besar2 semua.. Alhamdulillah.. sejuknya hati ibunya..kerana anak2 keciknya yang dulu dapat tawaran ke sekolah yang bagus2..dan 3 orang sedang belajar di Jordan.
 
Bagaimana pula dengan anak2 ku ini.. apa kurangnya mereka..
 
Beberapa tahun yg sudah aku ke rumah k.long..singgah sekejap sebelum sampai ke trg..negeri kelahiranku..ketika itu Kak Long dan ank2 sibuk membelek Al Ma'thurat.
 
Saya tanya nok buat apa dgn mathurat ni..k.long kata..bacalahh..Kak long bgtau dia selalu baca waktu pg ketika drive ke sekolah tmpat mengajarnya..Saya tanya lg..sempat ke baca sampai habis? K.long jawab sempat..bukan susah pun..Saya terkedu seketika..panjang jugak bacaan Al Ma'thurat ni.
 
Kak Long bagitau anak2nya pun mengamalkan baca Al Ma'thurat ni.. Saya pun mintak satu Al Ma'thurat ngan K.Long..konon2 nyer nak bacalah...masa tu aku beria2 sgt nak baca ma'thurat itu.. bila bwk blk kat rumah..Al Ma'thurat ku belek dan bacalah sikit2 tp takder lah pulak beramal bersungguh2..
 
Beberapa hari ni..aku mula buka youtube kat TV bacaan Al Ma'thurat dan mendengarnya pada waktu pagi semasa anak2 bersiap ke sekolah..terasa perubahan pada diri ini.. hati ini.. yang sebelum ni byk kekurangan amalan yang soleh.. Moga bila mendengar dan membaca di dalam hati walaupun ketika waktu begini saya sibuk menyiapkan sarapan dan pakaian sekolah anak2. Harapnya anak2 dan suami ku juga turut membacanya bersama2. Harapanku juga moga kami sekeluaga dapat hidup bahagia dunia dan akhirat..dan juga beroleh rahmat dari Allah SWT..
 
Jom kita sama2 amalkan Al Ma'thurat. Moga mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT.
 
Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut. Al- Ma’thurat digalakkkan dibaca selepas Subuh dan Asar setiap hari. Antara kelebihan membaca Al-Mathurat ialah:
  1. Tidak dihampiri syaitan
  2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
  3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  5. Selamat dari segala sesuatu.
  6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  7. Allah berhak untuk meredhainya
  8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  9. Terhindar daripada syirik.
  10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  14. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan
Sumber : http://wowberita.org/kelebihan-membaca-al-mathurat

Friday, September 13, 2013

Isteri Idaman Suami

Washing machine dah berenti berbunyi..sebagai suri rumah.. tugas dan tanggungjawab jgn dilupa..
blog blog juga.. tapi tugas2 sebagai "suri idaman suami" perlu dibereskan..hehhehe..

Ni Kak As read and share :

Isteri Idaman Suami

“Abang, petang ni ayang nak keluar beli barang kat kedai bawah ye”
“Hari ni ayang masak lauk special untuk abang. Abang mesti lapar kan, jom kita makan”
“Abang nak pergi program? Abang jangan risau, insyaAllah ayang akan jaga diri elok-elok. Allah kan ada”
 
Sejuknya hati suami dapat isteri begini. Sentiasa meminta izin untuk keluar rumah. Melayan suami yang kepenatan pulang kerja. Merelakan suami keluar untuk urusan dakwah walaupun terpaksa ditinggalkan keseorangan..

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
“Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila
engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya.”
 
Wanita Islam yang bijaksana sentiasa mahu mencari keredhaan Allah dengan taat kepada suaminya dalam perkara yang bukan maksiat, berbakti untuk suaminya dan sentiasa berusaha untuk menggembirakan suaminya. Dia akan redha dengan kesusahan atau kesempitan hidupnya, sebagaimana yang telah dicatatkan dalam sejarah Islam unggulnya peribadi Fatimah r.a. Subhanallah..

Taat Suami Tiket ke Syurga
Ketaatan adalah satu penyebab bagi wanita ke syurga sebagaimana sabda Rasulullah saw:
“Apabila wanita itu telah melakukan solat lima waktu, puasa pada bulannya, taat kepada
suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepada dia: Masuklah kamu ke dalam syurga daripada mana-mana pintu yang kamu sukai.” (Riwayat Ibn Majah)
 
Masya Allah.. Allah menjemput isteri-isteri yang taat masuk ke syurgaNya dari mana-mana pintu yang disukai.. terlalu mulia darjat seorang isteri solehah di sisi Allah.

Terimalah Seadanya
Apa pun, bukanlah mudah untuk mendapat suasana se’ideal’ itu. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan. Kadangkala, pasangan suami isteri tak boleh terlalu mengharapkan yang ‘sempurna’ sahaja. Kita pun bukanlah sempurna mana, maka terimalah pasangan kita seadanya dan berusahalah menjadi pasangan yang beriman dan taat. Mudah-mudahan kekurangan duniawi yang ada menjadikan kita lebih rapat dengannya kerana kita saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari
jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

[Surah Ar-Rum 30:21]
 
Dicedok dari :
http://sentuhanjiwa.wordpress.com/2010/06/15/isteri-idaman-suami/ (mintak share yer tuan tanah..tq)

Ni pulak ada 15 tips menjadi isteri idaman suami...

15 tips menjadi isteri idaman suami

Wanita yang hebat adalah wanita yang mempunyai semua ciri-ciri yang diidamkan oleh setiap lelaki untuk dijadikan isteri. Mereka bukan hanya diharapkan utk menjadi seorg isteri tapi juga sebagai kawan dan kekasih serta ibu yang solehah untuk anak-anak.
Sesungguhnya bagi kejayaan seorang lelaki, berdiri di belakangnya adalah seorang isteri yang hebat dan berjayanya seorang anak, berdiri di belakangnya adalah seorg ibu yang hebat. Ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki ialah:
  1. Mentaati Allah S.W.T dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.
  2. Bersikap malu terhadap suami. Dengan adanya sikap begini, seorang isteri itu akan sentiasa berusaha untuk kelihatan sempurna bukan hanya di hadapan, bahkan juga ketika dibelakang suami.
  3. Berdiam diri ketika suami sedang bercakap, baru bersuara setelah suami selesai berbicara. Bukannya sepatah suami bercakap, 10 patah dijawabnya. kalau pun tak mampu menyelesaikan kekusutan yang dihadapi suami, cukuplah sekadar menjadi pendengar yang setia.
  4. Sentiasa bersikap hormat pada suami. Menghantar suami ke muka pintu ketika suami hendak ke tempat kerja dan menyambutnya di muka pintu ketika suami pulang kerja.
  5. Sentiasa bersedia apabila suami memerlukan. Jangan sesekali menunjukkan rasa terpaksa, penat dan sebagainya kerana itu, bagi wanita yg memilih untuk bekerja, mereka perlu ikhlas dan bijak membahagikan masa. Ingatlah, apabila ada rasa ikhlas, segalanya akan menjadi ringan dan apabila bijak membahagikan masa segalanya menjadi mudah.
  6. Memahami perubahan sikap suami. Contohnya, ketika suami sedang marah, berduka, kecewa, gembira, cemas dan ketika dia ingin bersendirian. Sikap semulajadi lelaki, sukar untuk meluahkan apa yang dirasakan jadi sebagai isteri, jangan mudah terasa akan perubahan tersebut.
  7. 1 lagi sikap semulajadi lelaki ialah hanya mampu memberikan tumpuan pada 1 perkara dalam 1 masa. Jadi, jangan sesekali mengajak suami berbual atau bercerita tentang masalah di tempat kerja ketika dia sedang menonton perlawanan bola sepak dan sebagainya. Sesungguhnya perbuatan itu bukan saja akan membuatkan anda kecewa kerana tak mendapat perhatiannya, tapi boleh menimbulkan kemarahan suami.
  8. Memakai wangi-wangian dan pakaian sentiasa kemas ketika bersama suami. Ingat, ketika diluar rumah, suami sentiasa berhadapan dgn wanita-wanita cantik, harum dan menggoda. Jadi pastikan apabila pulang ke rumah, dia tidak pula berhadapan dengan isteri yg hanya berkain batik dan t-shirt lusuh, muka berminyak dan bau yang kurang menyenangkan.
  9. Jaga mulut daripada bau-bau yang kurang menyenangkan. Contohnya, ketika makan petai, jering dan durian. Jika makan bersama suami, buatlah sesuatu selepas itu agar dapat mengatasi bau mulut. Apa lagi bagi mereka yg menghadapi masalah mulut berbau kerana kerosakan gigi. Segera bertindak walaupun baru sekali suami menegur.
  10. Sentiasa menjaga kehormatan diri terutama ketika ketiadaan suami. Wanita bekerja contohnya, jagalah tingkah laku.
  11. Bersyukur di atas apa yang disediakan dan diberikan suami. Jangan suka meminta-minta, apa lagi jika ia diluar kemampuan suami. dan jangan sesekali membanding-bandingkan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain dengan apa yang anda miliki.
  12. Dalam apa jua situasi, sentiasa berdiri di belakang suami. Menjadi tongkat ketika suami jatuh dan menjadi pemangkin ketika suami berjaya.
  13. Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami. Begitu juga bagi wanita yang bekerja. Bekerja bukan alasan untuk mereka bebas ke sana dan ke mari.
  14. Sentiasa tersenyum. Sesungguhnya, senyuman adalah sebesar-besar penawar walau dalam apa juga situasi. Contohnya, ketika hati suami sedang bercelaru, segera menjadi tenang apabila melihat senyuman isteri dan ketika dia sedang marah, segera api kemarahan itu padam hanya dengan senyuman isteri.
  15. Sentiasa menghormati keluarga suami. Menyayangi dan melayan keluarga suami sama seperti keluarganya sendiri. Jangan sesekali membeza-bezakan antara keluarga suami dengan keluarga sndiri. Bahkan sikap mengutamakan keluarga mentua akan membuatkan kasih sayang suami semakin bertambah.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud; “Sebaik-baik kalian adalah orang yang baik terhadap keluarganya, dan saya adalah orang yang paling baik pada keluargaku, tidaklah menghormati pada wanita kecuali orang yang mulia dan tidaklah menghinakannya kecuali orang yang tercela

Dicedok dari :
http://bintulu-iqracenter.blogspot.com/2011/05/15-tips-menjadi-isteri-idaman-suami.html (mintak share yer tuan tanah..tq)

Ok..jom sidai kain dulu yer..

Thursday, September 12, 2013

Design atau antaramuka blog Qmie Creative

Sebelum Kak As nak ubah design atau antaramuka blog Qmie Creative ni, Kak As nak simpan buat kenang-kenangan laa dulu apa yang patut..
 
So, di bawah ni adalah beberapa skrin yang di print screen kan untuk Kak As tengok2 pada masa akan datang..hehhehe.. 
 
May be kawan2 yang ada blog tak terfikir nak simpan benda2 ni.. so apa lagi " jaangan tunggu lama2..nanti lama2... kita dah tak ingat "..
 
Catatan Kak As @ 13 Sept 2013 jam 11 pagi
Date & time yang display kat blog ni tak sama laa..kenapa yer..



Google mengGoogle

Petang Khamis..12 Sept 2013
Ada masa skit nak mengGoogleGoogle..
Bila dah start duk depan laptop nihh apa lagi kita seranglah Mr Google..hehehe..
byk info..tutorial dan tips yang diperolehi pada hari nih..esok barulah Kak As cuba buat sendiri lak..cadik ke idak ni.. ok.. dah petang sgt nih..My handsome hubby dah nak balik keje..so stop dulu lah yek..

Raya Pertama

Baru berceloteh pasal Raya 2013
@Rumah Opah Abah
 
 Haa..nilaa baju raya pertama kami sekeluargaa.. camner cantik tak Kak " ?? tuutt" ... cam iklan lah pulak..hehehe..masih ingat ngan iklan glamor tu..kikiki.. baju ni Kak As tempah ngan kawan di Apartmen Harmoni DD.. sebab Kak As dah syarat mengandung..so jahit menjahit ni dihentikan buat seketika.. Tahun2 yang sudah..kalau baju kurung utk anak2 Kak As jahit sendiri..tapi nak ke siap tu..haa..berhari2 lah kiranya..sebab tak leh nak fokus sgt..byk bende nak dibuatnyer dalam sekali "arong". Koknya Kak As keje jd cikgu suka suki..Tahun lepas belajo pulok..haa bila blajo nih..mcm2 lah..kena buat..do assignment..study..etc laa..lagi pun tutt..thn lps Kak As pregnant masa blajo..lagilah memenatkan..kalau nak criter panjang lebar ni..kita sembang lain entry yer..

 
Orait..dah time to ronda2 beraya..jom kita serang rumah Mak Opah dulu..
Mana sandle mama yang buruk tuu..(tak beli sandle baru pun..budjet sungguh Kak As ni yer..)
 
Dah pun sampai rumah Mak Opah..kita orang panggil Tok (Mak Opah)..Rumah tok dekat jer..jalan2 dah sampai..kami sekeluarga berjalan jer ke rumah tok..coz laluan sempit..boleh rempit2 jerr..kalau ngan keter lambat sampai..kena lalu ikut jalan besar..
 
Pasni nak gi mana yer..
 
Jom ke rumah Mak Aki pulak (sama lah kita panggil Tok jugak..)
Anak Mama yang Sulong tu..tak sabar2 nak makan..dah kat depan meja tu..

 
@Rumah Homestay Papa (Pak Sedara Kak As)
Mereka sekeluarga..+ anak menantu beropen house di sini.. 3 hari jugak lah mereka buat open house kat rumah ni..seronok jugak..macam rumah sendiri di buatnyer..kami sekeluarga dtg sini pun time malam..emm lepas jer gi rumah Mak Opah dan Mak Aki ..BB Najihah dah penat..so balik rehat rumah Opah dulu..petang baru keluar g jalan2 lak..
 
Raya tahun ni tak berjalan sakan..sebab BB Najihah masih kecik baru 47 hari. Mamanyer pun lagi penat..badan tak berasa segar lagi..jalan pun tak berapa nak betul lagi..kikiki..
 
Ops!! snap gambar takder kueh raya pun..hehehe..
aa aa.. time makan takder snap gambar lak yer..
 
Ok habis raya untuk hari pertama..rumah Opah Mama bila nak pergi yer..
Orait kita jumpa di entry seterusnya...


Tutorial : Cara mengubah tarikh dan waktu blog post

Semasa menyidai kain..kepala duk pikir macam mana nak ubah tarikh dan waktu yg tak sama ngan apa yang kita post..

Selesai saja menyidai kain Kak As pun mengGoogle lah "Cara mengubah tarikh dan waktu pada blog post". Tuuttt..!! jumpa lah di sini Apa lagi.. jom buat sama2..

Ok..dekat bahagian yang kita nak post..sila tengok imej kat bawah ni..
 Kemudian, sila lihat di sebelah kanan post.. aa..cam imej di bawah ni..
 Then, click schedule...tengok kat anak panah warna merah tu..you can choose automatic or set date and time..so, for this.. Kak As pilih Set date and time. sebab nak adjust date n time mengikut waktu semasa..dan apa2 yg kita post, date dan masa akan sama.. tak cam Kak As post sebelum ni..ada jgk yg tak sama date n time..Pastu..tengok bawah tu ada kalendar..so pilih lahh time and date..
 
Orait ! Finish..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please leave ur blog address here for my blog walking..TQ.