Assalamualaikum WBT

Assalamualaikum WBT...Welcome to my blog...

Tuesday, July 26, 2011

Tudung Lycra Sestu

 RM35 (Nego) 
Saiz M
Jenis kain : Lycra Sestu , awning Thai Silk.
(Tidak termasuk bayaran pos)

RM35 (Nego)
Saiz M
Jenis kain : Lycra Sestu, awning Thai Silk.
(Tidak termasuk bayaran pos)

Monday, July 25, 2011

Jom Dinner (Julai 2011)

 25 Julai 2011

   
Abah bawa kami makan malam di KFC Giant Kota Damansara.

   
Syoknyer kak Falah...


   
BeST !!!

22 Julai 2011

   
 Anak2 ajak makan ayam panggang kat RasaMas..@ Giant Kota Damansara.


   
 Ni lah antara menunya..seekor ayam panggang lada hitam,sup bebola ayam, coslaw, potato bersalut..
Ayam panggang perasa lada hitam memang beST !!!
   
   
Harganya RM42. sahaja termasuk sos cili yang di bawa pulang (RM2.70) sebotol.

JOM MAIN LAYANG-LAYANG

25 Jun 2011

Tinggi jugak wau ni naik yekk...

Kesungguhan dan keseronokkan anakanda Isyraf mengawal layang2 buatan sendiri..


Wau ni tak jugak naik2..puas kak Tihah cuba naikkan wau ni..

Jalan2 Cari Makan Jun 2011


4 Jun 2011


Pagi bawa anak2 mandi di Water Fall...alahai lupa lak tempat ni..nanti edit kemudian..

Dah penat mandi..anak2 nak makan lah pulak...kami tak plan bawak makanan pun masa gi water fall . Emm...apa lagi..jom pi Restoren RasaMas..


Boleh tahan jugak makanan di sini beST!!! Harganya pun berpatutan..Kami bagi 4 bintang untuk Restoren RasaMas ni..Cubalahh baru tau rasanyer...




26 Jun 2011

Kebetulan kami pergi ke Shah Alam...tertelenglah Restoren Sekinchan ni..emm..pada mulanya tak nak singgah...oleh kerana tertarik ngan gambar yg dipamerkan tu..kami pun apa lagi..jom makan !

Restoren ni menyediakan makanan ikan bakar, kerang bakar, sup dan lain2 lagilah...

yang special di restoren ni...ikan bakarnyer...harganya agak mahal lah jugak..tapi sekali sekala..boleh lah cuba...kami bagi 3 bintang sahaja untuk restoren ni...

HARI KELUARGA TNB 2011 (16 Julai 2011)





 Anak-anak cuba mencanting batik pada kain rentang
Hari Keluarga TNB 2011.
Pertandingan Sukaneka bagi kategori kanak-kanak.

Dapat jugak hadiah..walau pun nombor 4. Seronok betul...

Abah cuba tendang bola..gedegang!!!!..fuhh!!!!
Acara cabutan bertuah pula diadakan di dewan ...diraikan oleh artis M Sharif.

Friday, July 8, 2011

Mandi-mandi d Pantai Pandak Chendering Terengganu

Mandi pasir dulu sblom mandi pantai
  
 pasir lembut jee.. tp nampak kasar sebab dah basahhh..

terdampar di pesisiran pantai.. syokk tuhhh...

Menjahit Poket Baju Melayu

Ramai tertanya2 bagaimana nak buat poket baju melayu. Atas permintaan sahabat-sahabat, saya terdetik untuk memberi rahsia cara menjahit poket baju melayu. Saya pada mulanya agak sukar untuk membuat poket baju melayu ni..sehingga baju melayu hubby dan anak lelaki saya  terbengkalai kerana poket tak boleh buat..hehehe..Suatu hari saya terjumpalah dalam satu website tu..cara membuat poket baju melayu..dari situlah saya cuba membuat poket tersebut..dan inilah hasilnya..

---------------------------------------------------------------------------------------------------

LANGKAH 1 - Sediakan kain untuk membuat poket mengikut ukuran yang dikehendaki..Jahit terlebih dahulu bahagian atas poket. Selepas itu, ambil kertas manila atau apa2 kertas yg blh dijadikan penekap poket. Gunting kertas tersebut mengikut saiz poket. Tekap kertas tersebut pada kain poket. Kemudian Jahit jelujur di sekeliling tekapan tadi. ( Lihat gambar di bawah).











LANGKAH 2 - Ambil kertas tekap poket tadi dan letak di atas kain poket yg telah dijahit jelujur tadi. Kemudian tarik benang pada kedua2 bahagian sehingga kain mengecut dan mengikut bentuk kertas tekap poket tersebut. Setelah itu, gosok sehingga dapat membentuk poket.





LANGKAH 3 - Terbalikkan poket dan gosok. Alihkan penekap poket terlebih dahulu sebelum menjahit.











LANGKAH 4 - Anda boleh mula menjahit poket di baju. Berhati2 ketika menjahit.

      


LANGKAH 5 - Setelah selesai menjahit, tarik benang perlahan-lahan. Inilah hasilnya. Mudahkan..


SELAMAT MENCUBA !


Baju Melayu Johor (Kanak-kanak)

Dah siap pun baju melayu Aqif dan Afiq untuk raya tahun ni..Mama Aqif tak sabar2 nak bagi Aqif pakai...hehehe..Abgnyerr pulak Afiq tak sempat nak ambil gambarnya memakai baju melayu tu..seronok sangat sampai tak leh duk diam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please leave ur blog address here for my blog walking..TQ.