Assalamualaikum WBT

Assalamualaikum WBT...Welcome to my blog...

Saturday, October 15, 2011

Jalan-jalan ke SABAH

Hari Pertama 8 Okt 2011

"Check in" di KLIA pada pukul 5 petang.


 NANA tengok manual inflight safety..."oooo macam tuuu... insyaALLAH...selamat !"

ISYRAF : Keceriaan terserlah pada raut wajahnyerr..
 Dah pun sampai di KK International Airport
Bermalam di Homestay di kawasan Putatan.. nearby KKIA

HARI KEDUA 9 Oktober 2011

On the way ke rumah adik ipar di Kota Belud, singgah dulu ke Tamu Kota Belud.. kebetulan hari Ahad maka..banyak dan ramailah orang berkumpul disini berniaga dan membeli barangan...

Selepas selesai menjamu selera di rumah adik ipar... perut dah kenyang.. tapau lagi makanan... sungguh terharu dengan layanan yang diberikan keluarga ipar ...kami bertolak ke Ranau ... Gambar ini berlatarbelakangkan kaki gunung Kinabalu.. Kawasan ni namanya ..Nabalu

Dah dekat betul ngan Ranau .. kawasan yang dituju...sempat lagi bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu .. besarnya kebesaran ALLAH menjadikan langit dan bumi ... lembah dan gunung ganang...

Bersama ibu yang amat disayangi...sifat keibuaan amat terserlah..

Bersama ayahanda... keceriaan terpancar diraut wajah semua...


HARI KETIGA 10 Oktober 2011


Dipagi hari ketiga... didepan homestay di Homestay Walai Tokoi... dekat pekan Kundasang.. .. tak sempat mandi lagi nih... SEJUUUKKKKK... tu ha belakang tu Gunung Kibanalu ... sungguh indah dan megah terpacak di bumi ALLAH... Subhanallah... Allah Akhbar..


 Ni dia kawasan tempat kami tinggal.. sungguh cantik binaannya... kemas.. teratur n cantik... tuan rumah pulak memang ceria n ramah ... terima kasih .. kami pasti akan kesini lagi ...

 posing lagik.. tak sabar dah ni nak gie SABAH TEA GARDEN ... n TAGAL LUWANTI.. n PORING ...

dah sampai di SABAH TEA GARDEN ... sempat la beli cenderahati untuk jiran2 dan sahabat2...


ni pulak TAGAL LUWANTI.. tempat dimana kite boleh bagi ikan makan n memang banyak n jinak2 pulak tu ... boleh la try kalau nak rasa kelainan aktiviti ini...

 masih dikawasan LUWANTI.. Titi Gantung yang kecik sahaja tp boleh la bagi pengalaman lain melintasi sungai..

Ni pula kawasan hutan di PORING.. kolam air panas.. maaf gambar kasawan air panas tak ada dalam phone.. guna camera lain .. adeh... nanti2 kami share..

 dah penat pusing2 di RANAU .. kami ke KOTA KINABALU ... singgah dulu solat JAMA' QASAR di Masjid Negeri sebelahan MUIS.. kawasan SEMBULAN kalau tak silap.. :)

HARI KE EMPAT/TERAKHIR 11 Oktober 2011

Bersiap sedia untuk ke PULAU MANUKAN... syokk nyee naik bot lajuuu....

Dah sampai Manukan.. ni dah selesai mandi2 dah ni.... sblom berangkat ke KK, kami solat dulu ... ingat ALLAH... ALLAH ingat KAMI...a'minnn...

Last ... dah penat... berada di KKIA.. menunggu flight ke KLIA... semua penat n lapar... nak makan berat takut tak selera nak makan dalam flight nanti... jadi mamee pun jadik la pelapik perut .. :)


Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan perjalanan kami ini.. lebih2 lagi keluarga kami yang tidak lupa untuk mendoakan keselamatan kami.. kawan2 di office dan jiran2.. terima kasih saudara Izuardy Shafii (kawan di MAHB) yang sudi tumpangkan kereta dirumahnya... dan menghantar n mengambil kami di Airport KLIA... terima kasih pada Adik Fadhil dan Keluarga Adik Aya... kerana kesudian menjamu dan menjemput ke rumah.. terlalu istimewa layanan diberikan .. terima kasih juga buat Abg Long ( Che Zahari) kerana berusaha mencari kenderaan dan tempat menginap bagi kami ... tanpa kemudahan tersebut sukar bagi kami untuk bergerak ke sana sini.. dan akhir sekali pada tuan rumah homestay...dan hotel Yaho... memang best tempat kami berehat sementara menunggu hari esok dengan perancangan yang lain lagi.... dan tak lupa juga buat FireFLY ... your services really much appreciated .. in flight service memang ada kelasss...makan pun sedapppp... :)

sekian ... sampai jumpa lagi .... As Salam... 



Tuesday, July 26, 2011

Tudung Lycra Sestu

 RM35 (Nego) 
Saiz M
Jenis kain : Lycra Sestu , awning Thai Silk.
(Tidak termasuk bayaran pos)

RM35 (Nego)
Saiz M
Jenis kain : Lycra Sestu, awning Thai Silk.
(Tidak termasuk bayaran pos)

Monday, July 25, 2011

Jom Dinner (Julai 2011)

 25 Julai 2011

   
Abah bawa kami makan malam di KFC Giant Kota Damansara.

   
Syoknyer kak Falah...


   
BeST !!!

22 Julai 2011

   
 Anak2 ajak makan ayam panggang kat RasaMas..@ Giant Kota Damansara.


   
 Ni lah antara menunya..seekor ayam panggang lada hitam,sup bebola ayam, coslaw, potato bersalut..
Ayam panggang perasa lada hitam memang beST !!!
   
   
Harganya RM42. sahaja termasuk sos cili yang di bawa pulang (RM2.70) sebotol.

JOM MAIN LAYANG-LAYANG

25 Jun 2011

Tinggi jugak wau ni naik yekk...

Kesungguhan dan keseronokkan anakanda Isyraf mengawal layang2 buatan sendiri..


Wau ni tak jugak naik2..puas kak Tihah cuba naikkan wau ni..

Jalan2 Cari Makan Jun 2011


4 Jun 2011


Pagi bawa anak2 mandi di Water Fall...alahai lupa lak tempat ni..nanti edit kemudian..

Dah penat mandi..anak2 nak makan lah pulak...kami tak plan bawak makanan pun masa gi water fall . Emm...apa lagi..jom pi Restoren RasaMas..


Boleh tahan jugak makanan di sini beST!!! Harganya pun berpatutan..Kami bagi 4 bintang untuk Restoren RasaMas ni..Cubalahh baru tau rasanyer...




26 Jun 2011

Kebetulan kami pergi ke Shah Alam...tertelenglah Restoren Sekinchan ni..emm..pada mulanya tak nak singgah...oleh kerana tertarik ngan gambar yg dipamerkan tu..kami pun apa lagi..jom makan !

Restoren ni menyediakan makanan ikan bakar, kerang bakar, sup dan lain2 lagilah...

yang special di restoren ni...ikan bakarnyer...harganya agak mahal lah jugak..tapi sekali sekala..boleh lah cuba...kami bagi 3 bintang sahaja untuk restoren ni...

HARI KELUARGA TNB 2011 (16 Julai 2011)





 Anak-anak cuba mencanting batik pada kain rentang
Hari Keluarga TNB 2011.
Pertandingan Sukaneka bagi kategori kanak-kanak.

Dapat jugak hadiah..walau pun nombor 4. Seronok betul...

Abah cuba tendang bola..gedegang!!!!..fuhh!!!!
Acara cabutan bertuah pula diadakan di dewan ...diraikan oleh artis M Sharif.

Friday, July 8, 2011

Mandi-mandi d Pantai Pandak Chendering Terengganu

Mandi pasir dulu sblom mandi pantai
  
 pasir lembut jee.. tp nampak kasar sebab dah basahhh..

terdampar di pesisiran pantai.. syokk tuhhh...

Menjahit Poket Baju Melayu

Ramai tertanya2 bagaimana nak buat poket baju melayu. Atas permintaan sahabat-sahabat, saya terdetik untuk memberi rahsia cara menjahit poket baju melayu. Saya pada mulanya agak sukar untuk membuat poket baju melayu ni..sehingga baju melayu hubby dan anak lelaki saya  terbengkalai kerana poket tak boleh buat..hehehe..Suatu hari saya terjumpalah dalam satu website tu..cara membuat poket baju melayu..dari situlah saya cuba membuat poket tersebut..dan inilah hasilnya..

---------------------------------------------------------------------------------------------------

LANGKAH 1 - Sediakan kain untuk membuat poket mengikut ukuran yang dikehendaki..Jahit terlebih dahulu bahagian atas poket. Selepas itu, ambil kertas manila atau apa2 kertas yg blh dijadikan penekap poket. Gunting kertas tersebut mengikut saiz poket. Tekap kertas tersebut pada kain poket. Kemudian Jahit jelujur di sekeliling tekapan tadi. ( Lihat gambar di bawah).











LANGKAH 2 - Ambil kertas tekap poket tadi dan letak di atas kain poket yg telah dijahit jelujur tadi. Kemudian tarik benang pada kedua2 bahagian sehingga kain mengecut dan mengikut bentuk kertas tekap poket tersebut. Setelah itu, gosok sehingga dapat membentuk poket.





LANGKAH 3 - Terbalikkan poket dan gosok. Alihkan penekap poket terlebih dahulu sebelum menjahit.











LANGKAH 4 - Anda boleh mula menjahit poket di baju. Berhati2 ketika menjahit.

      


LANGKAH 5 - Setelah selesai menjahit, tarik benang perlahan-lahan. Inilah hasilnya. Mudahkan..


SELAMAT MENCUBA !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please leave ur blog address here for my blog walking..TQ.